TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1| Assalamualaikum. Kerajaan mengumumkan tarikh pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 1 diawalkan dari Bulan Mac 2023 ke Bulan Januari 2023. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Pembayaran STR Fasa 1
Tarikh
pembayaran STR fasa 1 adalah seperti berikut:
a)
Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
b)
Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) mulai 17 Januari
2023.
c)
Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Penunaian pembayaran Fasa 1 di
kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Semakan
Status STR
Status kelayakan pembayaran STR
fasa 1 boleh disemak mulai 17
Januari 2023. Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Klik di bawah untuk semakan terkini status bayaran STR 2023!
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
Log Masuk MySTR
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Pendaftaran MySTR
a)
Klik MySTR dan
pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
b)
Masukkan Maklumat
Keselamatan.
c)
Masukkan Kata
Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
d)
Pendaftaran
berjaya.
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk
semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah
didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan
(percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan
untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi
LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
0 Comments