HADIAH CABUTAN BERTUAH

March 18, 2013




Nak tahu tak, saya ni tak pernah menang hadiah cabutan bertuah tau. huhu. Dulu masa zaman sekolah memang sedih. Masa ada hari kokurikulum kan ada cabutan bertuah. Saya ni sanggup tunggu sampai habis tau. Nak tunggu umum pemenang. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. huhu. Sedihnya. 

Alkisahnya, bulan lepas kan. Suami saya ni ada majlis kat kem dia. Majlis pasal sambutan ahli kelab yang baru. Maksudnya,  ada anggota yang baru pakai pangkat, dorang kena lah masuk kelab ni. Nak masuk kelab ni buka  seronok seronok main masuk gitu je. hihi. Isteri tentera atau anak tentera tahulah. Malam tu ahli baru kena ragging manja manja gitu. hihi. Manja? hihi. Tu bukan manja. tu menguji kekuatan minda dan fizikal. Ok, nanti saya cerita lain ek. Sekarang ni nak cerita pasal cabutan bertuah je. 

Sebelum suami saya gi, beliau ada tanya. Saya nak hadiah apa malam ni? Dia ada cabutan bertuah.  Tahun lepas beliau dapat mug. Saya pun cakaplah, nak hamperlah.. tak pernah dapat hamper masa kat sekolah dulu-dulu... hihihi..  

Tak sangka tau.. Masin mulut agaknya.. suami saya balik dlaam pukul 3 pagi macam tu kan, bila dah habis majlis lah.. Dia bawak balik ni :



Wahh... dapat hamper.. Alhamdulillah.. Sebenarnya bukan nak sangat makanan tu, tapi bila dapat hamper ni rasa best je.. hihi.. Banyak isinya.. Ada air, biskut, gula-gula, keropok dll.

Anda pernah dapat hamper tak?



You Might Also Like

11 comments

  1. heheheh sama lah kite, akak dr tadika sampai ke tua tak penah dpt lah hamper2 ke cabutan bertuah ke kalu ada majlis apa2... mmg jenis takde luck kot heheh... tp laki akak time raya mmg selalu dpt hamper beso2...

    ReplyDelete
  2. cabutan bertuah yang paling bertuah fifi pernah dapat.. peti ais.. memang syok habis la.. mase tu pergi makan malam amal.. abah yang pakse pergi sebab da beli kerusi.. satu kerusi rm50.. pergi berdue dengan adik naik moto je.. sekali menang.. call abah suruh bawah lori bawak balik hadiah.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. besar tue hamper nie..sy kalo dpt hamper kecik pun dh ckup happy..apatah ag yg besar gini hehehehe

    ReplyDelete
  4. dapat hampers semalam dr kuiz rtm

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    Boleh tahan besar hamper tu... =D

    ReplyDelete
  6. deqla penah dpt hamper.. tp share dgn 3 org group GSF..masa gathering.. hihi

    ReplyDelete
  7. yati pun tak penahnye bertuah...asal cabut je tak penah nak kena...

    ReplyDelete
  8. Pernah gak dapat...mesti best sesangat kan

    ReplyDelete
  9. tak pernah lg kot. kurang bertuah. hehe..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS