Breaking

Wednesday, 23 May 2018

May 23, 2018

Pertama Kali Sampai Ke Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

Assalamualaikum.

Penghujung Benua Asia - Tanjung Piai

Kisah seminggu sebelum Ramadhan. Sajalah keluar dengan suami, ronda-ronda naik kereta. Tiba-tiba suami ajak ke Tanjung Piai. 

Sejujurnya Cik Rose tak pernah sampai lagi Tanjung Piai, walaupun dah hampir 6 tahun di Johor. Selama ni baca perkongsian rakan-rakan sahaja. 

Bila dah ada peluang, haruslah ke sana kan! 

Perjalanan dari Batu Pahat ke Tanjung Piai memakan masa hampir dua jam setengah juga. Cik Rose ikut jalan Batu Pahat - Senggarang -Rengit -Pontian. 

Seronok perjalanannya. Tenang je pemandangan. Melalui kawasan kampung. Aih, cantik tau hiasannya. Ada bunga di sekeliling jalan, ada pintu gerbang kampung. Memang cantik!

Bertolak pun dah petang, lebih kurang pukul 3.30 petang macam tu. Sampai di sana lebih kurang jam 6 petang macam tu. 

Dah sampai, haruslah bergambar. Hihi. 


Bergambar solo je. Cik abang tak berminat pula! Hikhik.

Cik Rose suka suasana di sini. Dengan angin yang bertiup, sejuk je tau. Nyaman! Pemandangan pula cantik sangat.

Masa Cik Rose sampai, orang tak ramai. Tak tahu pula kenapa ya. Mungkin dah lewat petang ke atau hari tak cuti? Eh tak tahu Cik Rose. Hihi. 


Selepas itu, singgah juga ke Taman Negara Tanjung Piai. Singgah sekejap jer. 

Setibanya kami di sini, di sambut dengan beberapa ekor monyet. Cik Rose takut! Hahaha. Takut kena kejar uols!

Tapi, beranikan diri juga keluar dari kereta. Berjalan sedikit ke dalam. Ambil gambar di bawah ini:



Selepas itu, terus kembali ke kereta nak balik. Tak jalan banyak sebab hari dah lewat kan. Orang pun dah mula nak balik juga. 
Memang sekejap je kat sana.

Masa nak balik, sempat singgah ke Dataran Pontian. Ambil angin. Makan malam awal di sana. Makan nasi goreng daging. Sedap aih!

Tuesday, 22 May 2018

May 22, 2018

Resepi Kurma Telur Yang Sangat Senang dan Sedap

Assalamualaikum. 
Selamat berbuka puasa, hari ini Ramadhan ke 6. 

Bukan semua ada skill memasak. Ada yang memang ada bakat memasak. Ada yang suka memasak. Ada yang rajin memasak. Dan ada yang sebaliknya.

Juadah berbuka puasa.

Memang banyak juadah yang dijual di bazar Ramadhan. Tapi, kadang-kadang tak menepati selera kita. Ada pula yang mahal harganya.

Bila dah selalu ke bazar Ramadhan, sampai tak tahu nak beli apa kan. Percaya tak ada rakan Cik Rose yang ke bazar Ramadhan, pusing-pusing, akhirnya balik dengan tangan yang kosong. 


Ok, jangan risau. Kadang-kadang tekak kita ni nak lauk yang simple jer. Bukan lauk yang meriah sangat tu kan. 

Cik Rose cadangkan masaklah Kurma telur. Ya, kurma telur ni simple je tau. Dan sesekali makan, memang berselera. Masak untuk berbuka puasa. Emm sedap! 

Caranya mudah sahaja, dont worry!  Resepi-resepi di blog Cik Rose ni yang simple-simple jer. Hihi. Sebab Cik Rose bukanlah terror di dapur. Ooppss. Hikhik.

Resepi Kurma Telur

Bahan-bahan
4 biji telur rebus ~ dikupas dan digoreng dahulu
2 biji ubi kentang ~ dikupas dan potong 4(Cik Rose tak letak pula, kentang tak ada)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
 santan sederhana pekat (agak-agak ya, ikut kepekatan kuah yang kita nak)
2 biji cili hijau/cili merah dibelah
Tomato jika korang suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
Asam keping
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 



Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi.
2. Masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak. - boleh tambah air jika nak berkuah.
4. Masukkan asam keping, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili besar/ padi. 
5. Biar seketika dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau dulu,  bolehlah matikan api dan hidang. Siap.


Style Cik Rose, kalau masak menu telur rebus memang akan goreng dulu. Sama ada kurma atau sambal. Lagi suka yang goreng dulu.

Selamat mencuba!

May 22, 2018

Biodata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Assalamualaikum.
Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Bukan sahaja orang Selangor malahan ramai yang mengagumi beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor. 

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Tahniah Datuk Seri!


Beliau dilahirkan pada 25 Ogos 1964. Dan kini berusia 54 tahun. Masih muda dan segak orangnya!

Mula bertugas pada hari ini. Sempat Cik Rose lihat di facebook hari pertama beliau ke pejabat. Hihi. Hari ni menteri-menteri mula bertugas kan. Ramailah wartawan yang memberikan liputan. Cik Rose tengok di facebook ajer. 

Kerjaya politik beliau bermula dah lama. Dan beliau antara yang berpengalaman. Tahniah sekali lagi.

Sementara menunggu waktu berbuka tu, mai la kita mengenali siapa menteri kita. Jangan tak tahu pula tau. Ambil tahu sedikit,:) hihi. 
May 22, 2018

Biodata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik

Assalamualaikum. 
Jangan terkejut tau tengok Cik Rose updated senarai menteri dari semalam. Hihi. Benda ni penting. Untuk rujukan Cik Rose juga di masa hadapan. Dan mana tahu boleh membantu mereka yang tercari-cari siapa Menteri-Menteri Kabinet di Malaysia ni. 

Ok, kali ni nak memperkenalkan Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik. Muda lagi orangnya. Beliau berusia 44 tahun, dilahirkan pada 19 Disember 1974.


Cik Rose dah pun follow beliau di laman instagram sebelum ini. Mengikuti jugaklah perjalanan karier beliau. Boleh follow https://www.instagram.com/maszlee

Moga dengan pelantikan beliau untuk menerajui Kementerian Pendidikan ini, dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan warga Malaysia. 

Jika dilihat dari sejarah akademik atau kerjaya beliau, Cik Rose berasa kag dan teruja mempunyai seorang menteri sedemikian. Moga beliau menjalankan amanah ini dengan baik dan berdedikasi. 

Tahniah YB Dr Maszlee Malik!

Monday, 21 May 2018

May 21, 2018

Biodata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu

Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita tentang Menteri Pertahanan pula. Sebagai salah seorang yang pernah bertugas di MINDEF, Cik Rose teruja untuk mengetahui siapa bakal menjadi Menteri Pertahanan sebaik kabinet mahu dibentuk. 



Tertanya-tanya siapakah bakal Menteri Pertahanan. Semuanya terjawab  apabila Perdana Menteri, Tun M mengumumkan bahawa YB Mohamad Sabu yang akan menerajui Kementerian Pertahanan. Tahniah! 

Di sini, Cik Rose kongsikan perjalanan karier beliau dengan anda semua. Sumber adalah dari facebook Malaysiakini. 




Tahniah diucapkan buat YB Mohamad Sabu. 

Moga terus komited daam menjalankan tugas. YB Mohamad Sabu lebih dikenali dengan nama Mat Sabu. Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, maknanya sekarang umur beliau ialah 64 tahun. 

Bila sebut MINDEF, mulalah memori dulu menerjah! Teringat kenangan masa kerja di sana. Sekitar tahun 2009 hingga 2012. Aih la, kejap je masa berlalu. Sekarang ni dah 2018. Dah berapa tahun dahntu meninggalkan zaman itu.

Kali pertama berkerja jauh dari mak ayah. Dari Kedah menuju ke KL bila dapat tawaran berkerja. Pengalaman cari rumah sewa. Pengalaman pergi kerja jalan kaki ramai-ramai. Memori dengan rakan sekerja di Cawangan Perjawatan. Memori dengan housemate. Duduk ramai- ramai satu rumah! 

Aih mana nak dapat dah pengalaman tu semua. 

Itulah yang mencorakkan kehidupan, mematangkan diri, mendewasakan Cik Rose. Mengajar erti berdikari. Rindu semuanya!

May 21, 2018

Biodata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Assalamualaikum.

Menteri Dalam Negeri adalah Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Beliau berusia 71. Lahir pada 15 Mei 1947. 



Jom kenali dan lihat perjalanan karier Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Sumber dari facebook Malaysiakini.



Tahniah buat Tan Sri Muhyiddin. Moga terus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

~saja Cik Rose kongsi senarai Menteri Kabinet Malaysia buat rujukan sendiri. Dan mungkin membantu mereka yang sedang mencari info ini.


Berbuka apa tadi? Alhamdulillah, hari ini rezeki Cik Rose. Jiran blok berikan nasi kerabu buat berbuka puasa. Nyum nyum sedap. Terima kasih :)
May 21, 2018

Biodata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Assalamualaikum. Selamat petang! Sambil-sambil menunggu waktu berbuka ni, Cik Rose sempat lagi buka blog. Hihi.

Nak memperkenalkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lebih mesra dengan panggilan Kak Wan. 



Bukan sahaja sebagai wanita pertama dilantik sebagainTimbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga. 

Tahniah Kak Wan!

Berikut Cik Rose kongsikan sedikit perjalanan kerjaya beliau. Cik Rose ambil dari facebook Malaysiakini. Terima kasih. 


Lahir pada 3 Disember 1952, kini berusia 66 tahun. Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahniah di atas pelantikan ini dan semoga dapat berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. 

Cik Rose happy jer dengan berita ini. Cik Rose pernah jumpa Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nuha di Pulau Pinang sekitar tahun 2015. Sempat bergambar bersama. 

Gambarnya ada Cik Rose kongsi di laman instagram Cik Rose. Boleh ke www.instagram.com/roshazareeza_ruslan

Nak kongsi di sini semula tak dapat. Sebab gambar dalam pendrive. Takde dalam handphone ni. Hihi. 


May 21, 2018

Sesuatu Yang Menggembirakan Bila Melihat Ramai Yang Sedang Membaca Blog Kita!


Assalamualaikum. Selamat pagi. 

Sesuatu yang menggembirakan hati Cik Rose bila melihat berapa ramai yang sedang ‘online’ di blog sendiri.

Alhamdulillah.

Tak dapat nak gambarkan rasa hati bila tengok jumlah pengunjung pada satu-satu masa. Dulu masa Cik Rose menulis tentang drama Balqis, pernah dapat hingga ratusan jumlah yang sedang ‘online’.

Semalam, sekali lagi Cik Rose dapat lihat ada jumlah ‘73 users online’. Terima kasih! 


Cik Rose memang ambil berat terhadap apa sahaja yang berlaku di blog sendiri. Hihi. 

Bila nampak perkara seperti ini, memang Cik Rose excited lebih. Hahaha. 

Sepanjang Ramadhan, jumlah trafik memang akan meningkat kan. Cik Rose ada nampak jugak perkongsian rakan blogger tentang trafik mereka. Semakin meningkat di bulan Ramadhan. 
Entry resepi penyumbang utama kata mereka. Wahhh tahniah, tahniah! 

Ramai yang google resepi kan . Menu bersahur, menu berbuka, resepi mudah dan lain-lain. Blog masih relevan gitu! Ramai yang mencari.

Apalagi, jangan lupa menulis resepi. Tapi, awas. Janganlah copy paste uols! Letaklah gambar masakan kita sendiri. Jangan ambil sembarangan, lepas tu share gitu aje. Hikhik.