Baru je habis tengok Drama di Astro ria tadi. Drama yang berjudul Untuk Terakhir Kali. Dilakonkan oleh Elfira Loy dan Baim Wong. Heroin Malaysia dan hero Indonesia.
Bagi saya, memang best drama ni Tumpah jugak air mata saya ni. Banyak pula tu... huhu... Elfira ni memang saya minat. Kalau berlakon tu memang menjadi.. Baim Wong pulak memang dah kenal. Selalu tengok Sinetron yang beliau berlakon...
Jalan cerita dia macam ni. Mengisahkan percintaan dua insan. Ecewah...ayat.. Ok saya cerita santai je ye. Baim ni melakonkan watak Haris dan El pulak melakonkan watak Aisyah. Ayah Haris hantar dia ke Malaysia untuk sambung belajar sebab masa dia kat Indonesia, dia nakal... Aisyah pulak kerja kat kafeteria kolej tu.. Aisyah ni ada penyakit jantung.. Perkenalan dorang ni terjadi masa Haris makan kat kafe tu. Pastu dia ambil tisu untuk lap mulut, then ternampak ada no phone kat tisu tu. Alkisahnya tisu tu Aisyah ni nak bagi kat kawan dia mula-mula tu.. Lepas kejadian tu, dorang dok berbalas sms. Haris panggil Aisyah, Genit. Aisyah pulak panggil Haris, Bongok. hihihi. Haris ni mana tahu makna bongok. Aisyah boleh pulak bagitau kat Haris, maksud Bongok tu ialah tinggi dan hensem... hihi. Lepas tu, bermula lah kisah percintaan dorang... Tapi, ada dugaan la.. Aisyah kan sakit. Pastu ayah Haris tak restu... Memang sedih tau.. huhu. Dorang kawen jugak tau. Akhirnya, penyakit Aisyah ni tak sembuh.. Jantung yang dia dapat tu macam tak boleh diterima tubuh dia. Aisyah meninggal masa ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Sob..sob...
Kalau anda terlepas nak tengok, nanti tunggu la kot-kot ada ulangan kan..
p/s: Masa dalam rancangan Meletop hari selasa hari tu, Baim Wong mengaku bercinta betul-betul ngan Elfira. Siap buat gimik nak tunjuk kiriman sms dari Elfira. hihi.. Kesahihannya tak tahu la kan. Hanya mereka yang tahu. Jeng jeng jeng...
##Yang membuatkan cerita ni lagi sedih kan sebab lagu temanya iaitu Lagu Untuk Terakhir Kali nyanyian Marsha. Lagu ni Marsha nyanyi masa final AF. Ciptaan Ajai. Memang kena lagu ni dengan drama ni. Tajuk pun dah sama....
Nak tanya soalan cepu mas ni. Hensem tak Baim Wong ni?.. hahaha.. Gurau je ye...
Nah, lagi satu gambar Baim Wong.
Nak tanya soalan cepu mas ni. Hensem tak Baim Wong ni?.. hahaha.. Gurau je ye...
Nah, lagi satu gambar Baim Wong.
11 Comments
hihi...lama tak layan drama2 camni..
ReplyDeleteSy tak minat sgt elfira, terlepas nk tgok citer ni sebab tidur awal.
ReplyDeletealaaaa semalam ye? terlepas la!!
ReplyDeletexpe confirm ade ulangan nanti..mesti tengok ni
pssstt bagi saya baim wong ni x hensem...macam shah rukh khan jugak, x hensem tp ade daya tarikan yg buat org terpukau ngeeeeee
KAKAK... saya x dpt tgk sbb semalam seluruh sarawak x da electric.. ;( ;( kakak ada record or kakak ada kenal mana2 kawan yg bpogger dia org ada rekod cerita ni. And FYI, saya x ada astro sbb markah subject rendah. Hahab nanti x belajar.. kerap sgt tgk TV
ReplyDelete@Mariam Marianaoh, seluruh Sarawak tak ada elektric?.. tentang drama ni, dia mesti ada ulangan kat astro.. tapi adik tak ada astro ek.. akak rasa cuba searh kat youtube, mesti ada :)
ReplyDeleteAkak tlupe nk tgk citer nih
ReplyDeletex tgk la.. sbb xde astro...huhu..
ReplyDeletetak tengok sbb teda astro.yg lama dah tamatkn perkodmatan.lpas pindah dari jb terus tak pasang2.hihi
ReplyDeletetp in shaa ALLAH ptg nanti pasang astro baru pulak. hihi
amik astro njoy tu.
hensem ke baim wong..hhih
Drama ke? ber'episod? takleh tgk.. xde tv.. Sob sob
ReplyDeleteboleh x tlg cri link nk tngk ceta ni..so sweet.huhu..sy d tmpat blaja xda tv mo tngk..plz kaka..
ReplyDeleteAkak mmg suka tgk lakonan Baim Wong, tak kisahlah citer tu best ke idak akak layannnnnn hihihi
ReplyDeleteTapi, Untuk Terakhir Kali ni mmg sedeyyy