KOLEKSI SHAWL YANG CANTIK DARI LACE OH LACE!

December 03, 2014


Hai..hai..hai..
Selamat pagi.. Lama tak jengah blog sendiri. Kekangan tugas hakiki dan kesihatan diri. Tapi, tak ape.. Rindunya nak updated setiap hari dan bw ke blog kawan -kawan ;)

Ok, hari ni nak cerita tentang shawl. Yes, mesti ramai yang suka pakai shawl kan? Bukan ape, selain tudung bawal kan, orang kata dengan shawl kita nampak lebih muda dan sweet gitu,..

Buat yang gemar pakai shawl, atau yang baru nak berjinak-jinak dengan shawl, atau yang tak pernah bershawl bagai, meh saya nak kenalkan dengan satu jenama shawl yang terlajak cantik! LACE OH LACE! Yes, satu jenama shawl yang memang terlajak best! Sebab ape? Sebab owner LACE OH LACE ni sendiri tau yang pilih kain. Dah tentulah pilih kain dengan kualiti yang terbaik. Then, design sendiri jenis shawl,. Jahit sendiri shawl tu dengan penuh kasih sayang dan teliti. Dan beliau pakai koleksi sendiri setiap hari..  Macam mana beliau jahit nak pakai sendiri, macam tu lah beliau jahit untuk jualan. Sama cantik, sama kualiti! Kain yang berlualiti tinggi dengan warna -warna terkini yang sweet je. Oh, korang mesti jatuh cinta punyalah! Ada pelbagai jenis kain. Ada kain satin, ada kain chiffon, ada glitter chiffon dan lain-lain. Design pula ada cutting wide shawl, ada half moon, standard dan lain-lain..

Kat sini saya sertakan beberapa keping gambar koleksi dari LACE OH LACE ni yer.. 

Kat bawah ni lah owner LACE OH LACE! Isma.. Kitak dari Sarawak.Eh betul ke ayat ni, hihi. Officemate saya ni.
Cantikkan shawl ni.. 


Kat bawah ni koleksi Glitter shawl. Kainnya lembut dan sejuk. Jangan risau, ianya mudah dibentuk. Kalau muka bulat pun sesuai.. Sweet jer ;) Ada banyak pilihan warna pula tu.


Yang ini pula koleksi printed shawl. Ada pelbagai corak dalam pelbagai warna. Boleh dipadankan dengan baju kita yang plain. Barulah naik seri kan? Eh tetiba. Heee.



Haa ni baru sikit. Kalau  nak tengok yang lain-lain, jomlah cuci mata  kat page LACE OH LACE! Gerenti terpikat!

Boleh like page LACE OH LACE di facebook : 

Dan jangan lupa follow sekali di instagram: 

Kalau ada yang berkenan di hati, terus je beli tau. Hee. Jangan lupa bagitahu datang dari blog saya, INILAH REALITI. Mana tahu dapat special price or special gift kan..

Eh sekarang ni ada promosi baik tau Percuma pin dengan setiap pembelian shawl. Cepat gi terjah dan beli. Jemputan kahwin pun banyak kan? Bolehlah bergaya kan ;)

Saya pun ade juga shopping kat LACE OH LACE ni. Shawl satin. Kain yang sejuk, mudah terbentuk dan warna yang cantik! Dah tentulah purple di hati. hihi.Sesetengah shawl satin yang dijual di luar, kainnya panas dan keras. Memang terbaik! Tapi, segan pula nak letak pic diri sendiri selfie pakai shawl tu. Eh, boleh gitu?,.hihi.. Saya sendiri puas hati dengan jahitan yang  kemas pada shawl ni tau. Memang bukan saja-saja nak memuji ke ape ke tau,.. Tak cuba pakai, tak tahu. Bila dah pakai, terus jatuh hati nak pakai shawl!

Jom jom shopping shawl yang cantik, sweet,selesa dengan harga yang berpatutan di LACE OH LACE...

Jangan lupa like fb LACE OH LACE dan follow instagram LACE OH LACE..

p/s: Ni review dari saya sebagai pelanggan LACE OH LACE :) Bukan entry berbayar :)



You Might Also Like

16 comments

  1. Cantik2 shawls tu. Akak berkenan yang glitter :)

    ReplyDelete
  2. cantik....skrg mmg tgh inn shawl glitter nih kan... akak pon ada beberapa koleksi sendiri tp selalunyer jht utk org lain heheh

    ReplyDelete
  3. Pilih ajelah mana satu yg berkenan dihati ye Ros:)

    ReplyDelete
  4. Ok kak ros pasni memang nak kena terjah insta lace oh lace :)
    Nice review kak ^^

    ReplyDelete
  5. Salam kenal... eyza singgah dari Segmen "Nak URL Blog #11"

    Jom singgah blog eyza.. eyza ada buat GA.. :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah shopping dengan LOL tapi selalu tgk IG diorg. Macam best je kan...

    ReplyDelete
  7. cntik cntik la.thanks ros berkongsi :)
    ros sihat.lama x jenguk.dia :)

    ReplyDelete
  8. wah! cantik sangat, kak :D. kain memang nampak lembut.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS