RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum

Hari ni Cik Rose nak kongsikan resepi yang senang. Kat blog ni, semua yang senang dan simple jer. hihi. Yang penting sedap!


RESEPI IKAN MASAK ASAM SEDAP DAN MUDAH 

Bahan-bahan :

2 ketul ikan Jenahak
2 ulas Bawang putih- diricih
1 biji bawang merah -diricih
2 batang  Cili besar merah dan hijau
3 batang cili padi
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato
Air asam jawa (agak-agak)
Sedikit air
Sedikit garam



Cara-caranya :

1. Goreng ikan yang digaul garam dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar.
3. Kemudian masukkan air asam jawa.
4.Kalau terlalu pekat, tambahkan air.
5. Biar hingga mendidih, masukkan ikan, tomato dan bawang besar.
6. Perasakan dengan garam. Siap!



Mudah, kan? 
Selamat mencuba.

Moga bermanfaat.

Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
20 June 2016 at 13:59 ×

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Balas
avatar
admin
20 June 2016 at 17:20 ×

dah la mudah lepas tu sedap pulak..makan ni tak payah lauk sayur apa dah ..kuah ni je dah cukup..kan??

Balas
avatar
admin
21 June 2016 at 07:53 ×

boleh la tambah dalam menu ramadhan ni.. selalu kering idea nak masak.. hihi.. tq share cik rose..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment