Friday, September 08, 2017

Penulisan Sastera, tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan

Assalamualaikum. Penulisan sastera, tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Itulah apa yang Cik Rose rasakan. Terpanggil untuk mengupas bab penulisan sastera setelah Cik Rose membaca beberapa buah blog yang masih mengekalkan penggunaan bahasa melayu yang jitu. Dengan bahasa kiasannya, dengan ayat pembuka bicara. Aduh, sungguh Cik Rose rindu ingin menulis sebegitu!

"Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Usah sunyi lena didodoi zaman
Atau hanya tinggal kenangan"
-lagu Noraniza Idris (Dondang Dendang)

Cik Rose memang gemar menulis dan mengarang. Masa sekolah dulu, Cik Rose suka buat karangan. Harus diingatkan menulis karangan atau cerita bukanlah bermaksud kita kena menulis berbunga-bunga sentiasa gaya bahasanya. Kena sesuaikan dengan situasi dan jalan ceritanya juga. Jangan terlalu menekankan lenggok-lenggok hingga nampak terlalu berlebihan pula.





Cik Rose punya impian menulis cerpen dan novel. Namun, hingga kini tidak nampak hasilnya. Asyiklah mahu menyalahkan masa. Aduhai Roshazareeza. Bangkitlah! Hikhik. 


Cik Rose pernah menang pertandingan mengarang syair dan sajak. Cerpen? Sekerat jalan sahaja. Tak pernah habiskan satu cerita. Ada sahaja yang mempengaruhi semangat Cik Rose ni. Sekali lagi ingin menyalahkan masa. Cik Rose ada buku khas untuk menulis. Tapi, kebanyakkannya sekerat sahaja. Idea berubah-ubah. Cik Rose suka menulis ikut naluri perasaan. Bila dah mula menulis dan sampai di pertengahan cerita, mulalah akal rasional menyekat. Mengatakan ianya tak dapat diterima dek akal pula. Terpaksa pendamkan seketika.

Cik Rose ingin merakamkan ucapan tahniah buat semua penulis yang berjaya menghasilkan cerpen atau novel. Tulislah, sebarkan ilmu. Moga penulisan kita dapat membawa nilai positif. 

Namun, adakalanya Cik Rose sedih. Bukan apa, sedih dengan gejala yang tidak sihat dalam bidang penulisan. Menulis hanya kerana kerja dan bukanlah lahir dari hati mereka. Menulis hanya untuk 'di viralkan' sahaja. Mengejar populariti. 

Impian tinggal impian. TIDAK. Cik Rose tak akan sekali-kali membiarkan minat Cik Rose itu terkubur. Moga ada kesempatan menulis dan mencurahkan idea bagi pembangunan bahan bacaan untuk semua. Hihi. Amboi, harapan setinggi gunung sangat konsepnya! Tak apa, tak salah punya impian. Bukanlah kena bayar pun untuk seseorang mencipta impian. Pilihannya ada dua. Sama ada kita berusaha mengecapinya atau kita sekadar biarkan ianya berlalu.


Bangun pagi tadi entah kenapa hati sedikit terusik. Entah apa agaknya yang membuatkannya begitu. Lalu, terus menaip secara spontan di status whatsapp. Hal hati siapa bisa menduga? 

" jerih perih disimpan rapi, usah biar mereka hidu. Gantikan lelahmu dengan senyuman, biar mereka tersenyum bahagia tanpa simpati menerpa"

Simpati
Pagi tadi juga terbaca kisah suami isteri. Di mana suaminya selama ini bukanlah kasih dan cinta pada si isteri. Tetapi hanyalah simpati. Betapa luluh perasaan si isteri bila mendapat tahu perkhabaran itu. 

Kadang-kadang apa yang kita lihat bukanlah realitinya.  Aduhai. Mengapa tegar melakukan sedemikian? Tahu tak betapa si isteri terduduk menangisi bagai telah dihempap bebanan yang dasyat pada dirinya? Bukan mahu mengungkit, sekadat menyedarkan sahaja. Fikirlah sejenak. Jangan difikir apa yang kita patut dapat tanpa melihat apa yang kita hulur.

Renung-renung dan semak semula hati kita. 


1 comment:

  1. Sedihkan bila baca kisah isteri tuh..sanggup suami dia buat mcm tuh.

    Akak dulu minat jugak sastera...time sekolah memg matapelajaran bm akak suka nak nak bab sastera

    ReplyDelete