Breaking

Thursday, 26 October 2017

Teruskan Melangkah Biarpun Berliku



Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Hari ni, Johor cuti. Bangun awal seperti biasa juga. Sebab dah terbiasa. Tiada istilah bangun lambat atau ganti tidur. Untuk apa kan. Hihi. 

Terus melangkah biarpun berliku. Aduhai ayat nak gempak saja Cik Rose ni. Ayat motivasi sikitlah kan di pagi hari. Apa salahnya. Memberi semangat buat semua. Semoga terinspirasi!





Ujian kita tak sama
Ya betul kan. Haluan kita berbeza, cerita kehidupan kita pun berlainan. Manakan sama seratus peratus. Namun, boleh saja kita mempraktikkan sesuatu perkara sebagai ingatan buat diri sendiri. 

Beberapa hari ini, Cik Rose menerima perkhabaran duka dari sekeliling. Ada ayah teman sekerja yang telah meninggal dunia.  Ada yang diuji dengan masalah kesihatan yang teruk. Al fatihah buat mereka. 

Tabah
Bagi Cik Rose, mereka miliki hati yang sungguh kuat. Bisa tabah dalam menerima sebarang perkhabaran. Allahuakbar. 






4 comments:

  1. In Shaa Allah. Sama-sama kita stay strong and be strong.

    ReplyDelete
  2. al-Fatihah..

    setiap org diuji dgn perkara berbeza

    ReplyDelete
  3. Hadapi ujian dgn tabah dan sabar. In shaa Allah akhirnya pasti ada kemanisannya

    ReplyDelete
  4. semoga segala urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete