Breaking

Wednesday, 28 February 2018

TIPS Cantik | Boleh ke pakai masker hari-hari?



TIPS Cantik | Boleh ke pakai masker hari-hari?
Assalamualaikum. Korang suka tak pakai masker? Cik Rose pun baru je berjinak-jinak dengan masker sejak beberapa bulan ni. Banyak kelebihannya kalau kita rajin masker wajah ni.

Macam Cik Rose sekarang ni pakai masker kunyit. Kadang-kadang campurkan serbuk kunyit dengan yogurt, kadang-kadang putih telur. Dan kadang-kadang campur air jer. Ikut kesesuaian keadaan kulit masa tu. Cik Rose guna masker kunyit dari The Bauty Hacks. Korang boleh je guna apa-apa jenama pun. Ada yang instant dah sekarang ni.

Masker kunyit kesukaan Cik Rose sekarang ni :


Tapi, apapun yang kita pakai atau lakukan jangan berlebihan. Kena bersederhana dan berpada-pada. Ada yang kata boleh pakai setiap hari masker kunyit kan. Jangan.. Lebih baik jangan. PAda CIk Rose, pakai seminggu sekali atau dua kali pun dah ok.

Cik Rose ada terbaca tentang kesan sampingan kalau pakai terlalu kerap masker kunyit pada wajah. Jadi, Cik Rose kongsi kat sini ya.

Kesan sampingan Masker Kunyit

Walaupun termasuk salah satu bahan semulajadi, namun pemakaian masker kunyit yang berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan pada kulit wajah kita. Antara yang boleh Cik Rose ringkaskan di sini adalah :


1. Menimbulkan Bintik Merah Pada Kulit
Jangan menggunakan masker kunyit melebihi 25 minit untuk satu sesi. Risau pula nanti tumbuh bintik merah pada wajah.

2. Kulit Terasa Terbakar
Kalau pakai setiap hari, biasanya kita akan rasa kulit wajah panas atau macam terbakar. Jadi, kuncinya jangan berlebihan.

3. Wajah Terlihat Menguning
Kunyit memang sangat baik untuk kulit, bahkan dapat digunakan untuk membersihkan kotoran dan sebagai cara agar kulit putih bersih bebas dari jerawat. Namun sifat dari kunyit memang menimbulkan warna kuning yang cukup kuat yang mana dapat merubah kulit wajah menjadi kekuningan.

4. Kulit Wajah Tambah Kering
Jika anda memiliki kulit wajah yang cenderung kering, hindari mencampurkan masker kunyit menggunakan air. Lebih baik korang campur dengan susu, yogurt atau beras.

Ok, sekian perkongsian dari Cik Rose. Moga bermanfaat :)

12 comments:

  1. tak rajin kak shaz nak masker hari2.. haha.. sminggu 3x ok kot kalau sheetmask. Clay mask sminggu skali. Macam tu je rutin yg kak shaz amalkan.

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/isteri-perlu-ada-pendapatan-sendiri.html

    ReplyDelete
  2. Dulu rajin la buat masker kunyit letak madu. sekarang dah lama tinggaljadi malas nak mula balik

    ReplyDelete
  3. Kita kalau guna bhn asli kunyit.. Kita buat 2x seminggu shj.. Tp klo mask tampal hari2 pon boleh.. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Memang kunyit boleh keringkan kulit..Sebab tu kalau ada jerawat pun kunyit ni kita sapu kat atas jerawat je tak sapu seluruh muka.

    Sekarang ramai minum jamu kunyit. Ada yang minum hari2.sebenarnya tak elok sebab akan buat vagina kering.. Yang ramai seller canang minum jamu kunyit untuk rapat padahal bukan rapat tapi kering.

    Nak bersama suami jadi susah , jadi sakit.. Dia salah anggap ingat vagina dia rapat padahal kering.

    Ni tukang urut yang urut akak masa lepas bersalin dulu bagitau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq diana for sharing.
      ilmu baru jugak bagi aida.
      meaning apa2 pun,kita kena berpada-pada la kan.
      tak kurang. tak lebih.

      Delete
  5. Dulu selalu pakai masker alfafa shaklee lama dah habis x pakai dah..

    ReplyDelete
  6. Mmg actually mana² masker pun x elok guna kerap sgt.. 2-3x seminggu dah memadai...sbb kena bg kulit kita bernafas sama (^O^)/

    ReplyDelete
  7. Akak tak pernah try lagi masker kunyit. Selalu guna yg jenis lumpur atau timun ja.. Nanti boleh cuba masker kunyit pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. masker timun best kan.
      sejuk aje :) nyaman...

      Delete
  8. CT pakai 2/3 kali sminggu kalo rajin. time malas sminggu skali je.. tapi akan make sure pakai juga dalam seminggu.

    ReplyDelete
  9. oic.
    aida x pakai masker tiap hari.
    takde masa :) ha ha ha...
    seminggu sekali dua aje.

    ReplyDelete