Breaking

Thursday, 1 March 2018

Beli Spray Mop with Microfiber Mop With Brush dari Shopee



Beli Spray Mop with Microfiber Mop With Brush dari Shopee|Assalamualaikum. 
Tak kisahlah suri rumah atau berkerja, kita mesti nak cari sesuatu peralatan atau cara yang boleh jimatkan masa dan tenaga kan. Dalam entry ni, Cik Rose nak cerita bab mop lantai. 

Sebelum ni, Cik Rose guna mop biasa yang rambu ramba tu jer. Ala yang rambut gulung tu. Tiap kali nak mop, kena isi air dalam baldi. Campurkan dengan cucian lantai atau pewangi. Celupkan mop dalam baldi dan mulalah kerja mengemop lantai. 

Bila dah mop sikit, celup lagi dalam baldi. Hinggalah habis mop lantai. Yang jadi masalah bila mop kotor. Alahai, air pun keruh. Nak kena salin air dalam baldi. Lepas tu nak kena basuh mop tu. Keringkan lagi di luar. Kalau tidak, nanti mop tu berbau lain macam. 

Eh korang jangan risau. 
Ada cara yang lagi best tau. 
Cik Rose ada jalan penyelesaiannya.

Spray Mop with Microfiber Mop With Brush



Cik Rose dapat tahu akan kewujudan mop ni melalui rakan sekerja. Eh eh, macam best je. Jimat masa dan jimat tenaga kalau macam tu. 

Tanpa membuang masa, terus order dengan kawan. 1, RM 21.++ sekarang kalau Cik Rose tengok. Cik Rose beli di Shopee ya. 

Tapi, masa Cik Rose beli harganya RM 23.00. Guna kod voucher dari Shoppe. Dapat dalam RM19.++. Yeayyyy berbaloi!

Tadaaaa: 


Senang tau. Masukkan air , pencuci lantai atau pewangi dalam tabung air tu. Pilihan Cik Rose dah tentulah purple. Hihihi. Pilihan warna lain yang ada ialah biru, merah, hijau dan kelabu. 


Kalau beli ni, bukan bermakna kita malas. Tapi., sebab peredaran masa.  Kita dapat jimatkan masa dan tenaga, supaya aliran tenaga tu bileh dipindahkan ke tugasan lain. 

Shopee ni bahaya tau. Kalau masuk, ada je benda nak dibeli. Hikhik. Tak tahan kan tengok offer dari Shopee ni.



30 comments:

  1. best beli dekat shopee
    harga murah dan servis bagus

    ReplyDelete
  2. Kalau time pregnant mcm kak shaz..ssuau sgt guna ni..mudah keje. Hehe

    ReplyDelete
  3. lawa mop tu rose.. masa dekat kuala lumpur dulu rajin la mengemop bila dah kat kampung ni dah kurang dah sikit hehe

    ReplyDelete
  4. eeeh senangnyaaa guna benda ni. seksalaaa guna jenis mop yang berambut tu. lagi 1 option beli kat Daiso jenis mop yang kena letak macam wet tissue tu. tapi tak kukuh macam yang shopee ni. yang daiso tu untuk mop dua hari skali okla.. hehe.. sminggu skali vacuum kaalo rajin =P

    ReplyDelete
  5. I nak mop lantai dengan mop ni.. Nampak best untuk diguna..

    ReplyDelete
  6. samela kita sis,,sy pun ade mop mcm ni satu..memang mudah dan senang nk mop lantai

    ReplyDelete
  7. Kita dh belikn rumah fmly mop ni..best guna..xpyh perah2 apa semua..hehe..best gila..nk bli lg la pasni..

    ReplyDelete
  8. Nak kena cari jgk la satu senang.. Kt rumah mop guna kain basah je..nk tgk kat shopee la jap hehe

    ReplyDelete
  9. I memang dah beli mop camni lama dah. Beli satu untuk rumah sendiri lepas tu untuk parent and sister sekali. Semua suka habis sebab senang kot. Sangat berguna especiall for old ppl. Susah kot nak perah perah mop. Yang ni senang.

    ReplyDelete
  10. Oh your post just reminded me that I need to get this, I just broke my previous one sbb terlalu kuat gosok huhu Shopee really supplies a lot of affordable household items.

    ReplyDelete
  11. Wah, senangnya nak mop lepas ni, tak payah angkat2 baldi

    ReplyDelete
  12. Nampak macam memudahkan. Nanti nak cuba. Cuma risau tak puas mengemop. Sebab rumah akak ni ada anak-anak. Memang melekit dan sisa makanan tu akak pantang betul nampak. Bersih sampai berkilat lantai baru puas hati. Wakakaka. Nanti nak cuba mop yg ni plak.

    ReplyDelete
  13. ok x..sebenarnya beli mop lebih kurang macam ni tapi malangnya dia rosok bila 2 kali guna...agak frust juga..malas nak komplen...so biar jer tanggung kerugian tu

    ReplyDelete
  14. Kat rumah just ada mop rambut gulung je . Kadang memang leceh . Ada juga usha2 mop ni dalam lazada & shopee tapi tak beli2 lagi

    ReplyDelete
  15. waa thanks a lot for this review! Memang teringin jugak nak beli mop mcm ni kat Shopee, sbb murah and nampak sgt menyenangkan kerja kan! Bila dah baca ni memang confirm nak beli jugak lah ni nanti, hehee 😁

    ReplyDelete
  16. Nak cari satu la macam ni..harga pun murah je.. kalau untuk guna hari2 tahan ke ni??Rumah akak ni kena mpop hari2 sebab berhabuk..dengan anak2 lagi..

    ReplyDelete
  17. Iday pon ada mop ni, senang sangat. tak payah nak celup2 dalam baldi dah. siap dengan spray lagi. hehehe

    ReplyDelete
  18. Nak tau cara gunanya..nampak menarik. Nampak senang dan mudah. Nad sekarang guna mop rambu2 lagi

    ReplyDelete
  19. Nak kena beli jugak satu.. Senang nak mop umah. Hihi

    ReplyDelete
  20. huda pun dah beli mop ni, dah setahun dah guna. tapi warna hijau. cantik pulak warna purple ni, nak beli kat shopee , tambah koleksi mop ni.

    ReplyDelete
  21. Dah cuba pakai tak? Amacam ok ke tak ok. Plan juga nak beli haritu.

    ReplyDelete
  22. I also mop traditional type. The most I hate is squick the mop with hand. So dirty. This mop suitable for me and easy. Price so cheap in Shopee. Will get one.

    ReplyDelete
  23. Betul tu, teknologi bukan memalaskan kita, tapi makin menyenangkan kerja harian kita. Harga pun ok sangat tu. Lantai rumah pun mesti sentiasa berkilat kan hehe

    ReplyDelete
  24. TB ada beli microfiber mop ni.. kaler merah.. menyenangkan kerja2 mengelap..

    ReplyDelete
  25. wahh canggih lah dila first time tgk macam ni.... ia sangat mudah digunakan

    ReplyDelete
  26. This is so cheap and of course u wanna buy for myself too.... So much convenient and easy. Shopping time!

    Racheal

    ReplyDelete
  27. That is such an affordable price for a mop! Plus I like that they have a variety of colours to choose from too- blue is a preferred for me. Haven’t done much shopping on Shopee lately, but will definitely have a look at it. It will definitely help assist with the household chores much more ☺️

    ReplyDelete
  28. I need one of these, I love the purple colour! Following you on GFC :D xx

    elizabeth ♡ ”Ice Cream” whispers Clara
    (I would love to follow each other on bloglovin if you like! :D)

    ReplyDelete
  29. aida da lama guna mop gini.
    mudah. praktikal. anak-anak dara aida pun suka guna.
    beli di lazada 3-4 thn lepas.
    belas-belas jugak harga nya.

    ReplyDelete
  30. Macam beat je mop ni.. murah pun murah

    ReplyDelete