Thursday, May 10, 2018

Menginjak ke usia 30 tahun, terima kejutan dari yang tersayang




Assalamualaikum. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 9 Mei merupakan ulangtahun kelahiran yang ke 30 buat Cik Rose.

Apa? Dah menghampiri 3 series? Cik Rose ok jer. Itu hanyalah angka. Yang pasti masih ada yang menganggap Cik Rose pelajar praktikal. Hihi.

Umum tahu bahawa 9 Mei 2018 merupakan tarikh pilihanraya. Itu yang specialnya tahun ni, semua orang cuti sempena Hari Lahir Cik Rose. 


Hari Isnin lepas iaitu 7 Mei 2018, Cik Rose baru balik dari sarapan pagi di office. Ada yang mencari. Eh siapa pula kan. 

Di tangannya ada jambangan bunga dan coklat. Dup dap dup dap. Rupanya untuk Cik Rose! Sungguh Cik Rose terharu bila disebut yang suami Cik Rose yang kirim. Eh romantik awak yer. Hihi. 


Terima kasih sayang. Moga ikatan kita berkekalan dan kasih sayang kita saling bertaut.  Warna kegemaran Cik Rose ni, purple! Ada coklat dan bunga segar. Cik Rose kan suka bunga. Hihi. 

Apalagi, bila dah dapat, ambil gambar. Nasib baiklah teman sekerja melayan. Sekejap nak macam ni, sekejap nak macam tu. Hihihi.


Alhamdulillah, masih bernafas hingga hari ini. 
Terima kasih buat mak yang melahirkan, tak terbalas jasanya. Sayang mak! 

Juga ayah yang menyayangi diri ini, dan banyak jasa ayah. Insyaallah moga kasih kita selalu di hati. 

Adik beradik yang jauh di mata namun tetap di hati. Terima kasih untuk ingatan pada adik/kakakmu ini. Sayang korang semua.


Dan untuk kawan-kawan, terima kasih banyak untuk kiriman ucapan dan doa-doa buat Cik Rose. Cik Rose amat menghargainya. Terima kasih! 

3 comments:

  1. Happy Belated Day Cik Rose ...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...rezeki dapat suami yang sweet!

    ReplyDelete
  3. Happy birthday cik rose.semoga dipanjangkam umur dimurahkan rezki dibeti kesihatan yg baik dan kehidupan yang bahagia

    ReplyDelete