Ada Cacing Dalam Produk Ikan Sardin Tin , 6 jenama ditarik balik!

Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.
Sumber : KOSMO
~~
Baru je berbual dengan officemate Cik Rose berkenaan hal sardin. Masing-masing takut nak buka tin sardin kat rumah. Dibiarkan begitu saja gittew. Hikhik. Sebab sebelum ni dah viral ada cacing dalam ikan sardin. Tapi, tak tahu lagi jenama sardin masa tu. 
Alih-alih dua hari lepas ada satu jenama sardin dari negara China disahkan mengandungi cacing tu. Eh eh, semalam, sah pula ada 6 lagi jenama yang ditarik balik. Jenama yang familiar pulak tu. Aduhai...
Nasib bukan penggemar sardin Cik Rose ni. Makan gitu-gitu je, cuma sambal dia tu yang sedap! Hihihi.

Korang suka sardin? Makan dengan nasi panas, telur dadar. Ke suka sandwich sardin? Roti canai sardin?


Post a Comment

4 Comments

  1. kan kami pengemar sardin cap ayam

    ReplyDelete
  2. Selalu je makan jenama Cinta dengan King Cup tu adoiiiii

    ReplyDelete
  3. erkk...da lama tak makan sardin, tapi jenama Cinta tu pernah gak beli..ishh..macam mana la boleh ada cacing..huhuhu..tak masak betul2 ke..

    ReplyDelete
  4. Sardin tin masak dengan tauhun, buat telur dadar.. Pergh!
    Dulu rajin la makan, ayam brand la.. Hehe

    ReplyDelete