Assalamualaikum.
Riwayat At-Tabrani
Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.
Tak semua yang kita rancang akan berlaku, namun kita memang perlu merancang kan?.. Begitu juga dengan saya. Tetapi, andainya apa yang dirancang itu tidak menjadi, janganlah kita bersedih. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita telah miliki. Cuba lihat sejenak di sekeliling kita, kadang-kadang kita lebih bertuah. Memiliki itu dan ini...
Kita seharusnya bersyukur dan ucapkanlah Alhamdulillah....
Jangan pula kita merungut dan terus merungut. Teruskanlah usaha untuk mengecapi apa yang kita mahu. Namun, jangan melampaui batas, ya.... Berdoalah pada Allah dan jangan sekali-kali berhenti meminta kepadaNya.....
Kadang-kadang saya bersedih dengan apa yang berlaku pada diri ini. Alhamdulillah, saya cepat tersedar dan kembali mengucapkan Alhamdulillah, dengan apa yang saya miliki hari ini. Saya bertuah kerana menjadi diri saya.. Sering kali saya ingatkan diri ini...supaya selalu bersyukur.
Sambil-sambil itu mari hayati lirik lagu di bawah ini, ya kawan-kawan...
Opick feat. Amanda Alhamdulillah
P/S : Marilah gerakkan bibir kita untuk mengucapkan Alhamdulillah.
: Kadang-kadang apa yang dihajati mungkin tidak tertunai namun ada hikmah di sebalik semua itu, kan?....
: Saya sedang menerapkan nilai-nilai positif di dalam diri untuk kebaikan diri dan orang di sekeliling.
:Bersyukur mempunyai mak, ayah dan keluarga yang amat menyayangi diri ini. Ditambah dengan kehadiran insan bergelar suami...
4 Comments
Salam perkenalan Ros, terima kasih sudi singgah kat blog akak. Ros orang SP ya? Akak pun tinggal di SP.
ReplyDeleteSalam perkenalan kembali:)
ReplyDeleteYe, sy dari sp.. Tp, skarang ni bertugas kat Kl..
Owh, akak pun sp.. Kebetulan ye:)
SP kat area mane?...
Salam kenal..Kita hidup ni memang selalu terleka sejenak, namun kembali sedar apabila bermuhasabah diri..Moga kita tergolong dlm golongan org yg bersyukur atas nikmat yg diberi..
ReplyDeleteSalam perkenalan kembali :)
ReplyDeleteAmin.. Betul tu kak. Kadang-kadang saya sendiri pun sering terleka namun mujur, tidak hanyut..