Weightless
Essence Foundation by D'Vanda | Foundation yang tidak bercapuk, glowing dan
natural. Assalamualaikum. Pemilihan foundation yang betul akan membuatkan wajah
kita nampak cantik berseri. Cik Rose akui, bukan mudah untuk pilih yang
betul-betul sesuai dengan kondisi wajah Cik Rose ni. Ada je yang tak menepati
kriteria. hihi. Bila nampak iklan atau promo, eh macam nak cuba. Nampak cantik.
Bila cuba, tak kena pula. Rugi tau.
Pemilihan
set penjagaan wajah yang betul tu memang penting. Kena tengok yang serasi
dengan kulit kita ni kan. Setiap dari kita ni miliki jenis kulit yang berbeza.
Ada yang berminyak, ada yang kering, ada yang berjerawat dan lain-lain lagi.
Bila
dah serasi, wajah kita pun bersih, setidak-tidaknya kita mesti nak make up
sikit kan. Korang jangan cakap yang korang jenis natural beauty, keluar rumah
tak make up. Hihi. Nora Danish yang lawa tu pun make up tau. Itupun ada orang
cakap ‘saya tak make up, ala-ala Nora’. Hello…. Make up ‘natural
look’ tu pun korang kena tahu teknik tau. Natural look tu bukan bermaksud tak
guna foundation tau.
Cik
Rose ada baca satu artikel tentang tips untuk dapatkan wajah yang flawless dan
glowing. Jadi, Cik Rose nak share dengan korang. Tips yang bagus, haruslah
dikongsi bersama kan. Hihi.
5
TIPS UNTUK DAPATKAN WAJAH FLAWLESS DAN GLOWING
1)
Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membuang segala toksin
dari badan melalui urine. –kadang-kadang buat, kadang lupa. Susah nak
displinkan diri minum air masak ni. Tapi, kalau dah mula amalkan, kita dah jadi
biasa kan.
2)
Tidur mesti mencukupi untuk elakkan lingkaran hitam bawah mata dan wajah pucat
tak bermaya. – bergantung kepada aktiviti harian. Kalau padat jadualnya,
tak cukup. Kalau biasa-biasa, terlebih pula. Opss… hhahaha.
3)
Gunakan produk wajah yang mempunyai SPF untuk perlindungan UVB dan UVA setiap
hari. Cahaya matahari akan menyebabkan kedutan pada wajah dan warna kulit yang
tidak sekata. – Yeayyy tengah displin guna.
4)
Amalkan rutin penjagaan muka dengan betul. Basuh muka dengan sebersihnya,
memakai krim pelembap, toner, krim siang dan krim malam secara
konsisten. – cuci muka je konsisten, yang lain ikut mood. JANGAN TIRU
CIK ROSE.
5)
Untuk dapatkan wajah yang flawless dan glowing dengan mudah dan cepat, guna
je Weightless Essence Foundation dari D’Vanda.
Cik Rose tertarik dengan point nombor 5 ni. Eh, eh D’Vanda?
Apa
lagi, Cik Rose pun cubalah D'Vanda Weighless Essence Foundation. Melihat
dari packaging dia pun dah buat Cik Rose tertarik. Sweet je.
Sebelum
Cik Rose kongsikan pengalaman Cik Rose pakai foundation ni, Cik Rose ceritakan
sikit perihal foundation ni dulu ya.
Apa ada pada
Weightless Essence Foundation by D'Vanda?
Foundation D’Vanda ni mengandungi MARULA OIL untuk memberi kemasan FLAWWLESS & GLOWING pada wajah. Ia juga mengandungi VITAMIN C untuk pencerahan dan VITAMIN E untuk perawatan serta perlindungan. Dan juga SPF 35 untuk melindungi kulit wajah dari bahaya sinar UV.
Foundation D’Vanda ni mengandungi MARULA OIL untuk memberi kemasan FLAWWLESS & GLOWING pada wajah. Ia juga mengandungi VITAMIN C untuk pencerahan dan VITAMIN E untuk perawatan serta perlindungan. Dan juga SPF 35 untuk melindungi kulit wajah dari bahaya sinar UV.
REVIEW
DARI CIK ROSE YANG DAH PAKAI FOUNDATION NI
Kelebihan Weightless
Essence Foundation by D'Vanda
Kalau
korang nak tahu, foundation ni dalam bentuk cecair yang bersifat ringan. Yes,
yang ini memang Cik Rose akui. Cik Rose pakai foundation ni, rasa macam tak
pakai foundation tau. Mudah sangat nak ratakan ke seluruh wajah. Dap dap dap je
dengan span comel. Korang yang suka natural look, kena beli. Boleh buat pakai
harian. Pergi kerja, sesuai sangat. Jimat masa dan tak nampak over. Tak payah
make up lama-lama tau. Dan tak perlu nak campur foundation ni dengan minyak
argan dah. Dah elok dah foundation ni tau! Eh bau foundation ni buat Cik Rose
rasa lapar! Oppss.
Foundation
ini macam 3 dalam 1 tau. Make up, merawat dan melindungi. Iyalah, tujuan utama
kita pakai foundation mestilah sebab nak make up. Tapi, dalam masa yang sama
nak juga cari yang ada fungsi merawat dan melindungi kan. Korang pakai
hari-hari, nanti nampak perubahan pada wajah korang tau. Mulalah, rasa nak
pegang je muka. hihi. Sebab ianya mengurangkan dan merawat pigmentasi secara
perlahan dari dalam. Ia juga memperbaiki masalah jerawat, parut jerawat,
kekusaman wajah dan tona tak sekata. Dan yang paling best, ia mengurangkan
garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit.
Foundation ni jugak
tak bercapuk. Percayalah. Nak tahu tak, Cik Rose pertama kali cuba foundation
ni masa nak pergi kenduri. Pakai macam biasa, dap dap je di keseluruhan wajah.
Pakai dalam pukul 1 tengahari macam tu. Balik rumah dalam pukul 6 petang.
Singgah pulak rumah kawan. Kawan Cik Rose tegur, pakai foundation apa? Muka
nampak glowing! Ohhh korang tahu tak perasaannya macam mana? Happy! Memang tak
bercapuk, memang tak hilang dek kerana peluh ke apa. Tapi, makin lama, makin
glowing! Tak payah risau.
Serius,
Cik Rose suka tengok orang yang pandai make up natural tau. Nampak je macam tak
make up, tapi sebenarnya make up. Cantik! Macam Nora Danish, Juliana Evans dan
ramai lagi. Cik Rose dah jumpa foundation yang sesuai dengan wajah Cik Rose.
yeayy..
Untuk yang masih tercari-cari foundation yang sesuai,
cubalah D'Vanda ni. Memang best. Ramai yang dah cuba dan berpuas hati.
Kat mana nak dapatkan Foundation D'Vanda ni?
Korang
boleh terus ke :
Instagram
- https://www.instagram.com/d.vanda_malaysia
Facebook
- https://www.facebook.com/DVandaOfficial/
Selama mencuba!
30 Comments
sweet nya packaging dia. sesuai jugak warna dia dengan kulit cik rose. mungkin airah pun kena cuba foundation ni lepas ni.
ReplyDeletethankyou share tips jugak cik rose. kadang-kadang rajin nak minum air banyak kadang malas tuu
iya, kalau rajin minum air masak, memang kulit moist dan bersih tau.
DeleteAirah kena cuba foundation ni, makin lama pakai makin glowing muka :)
Boleh cuba ni rose.. harga ia berapa ni rose
ReplyDeletesekarang ada promo Kak Aishah, RM68 sebotol.. 20 ml.
Deletemakin cantik la cik rose kita ni..:)
ReplyDeletehihi, kena rajinlah Ros ni nampaknya Cik Nor.
DeleteMacam pernah tgk foundation ni di tutorial makeup dr negara luar.. efeknya cantik sangat
ReplyDeleteoh yeke.. Rose tak pasti pula.. tapi, memang best foundation ni. :)
DeleteTampak sangat natural dan efforless sangat foundation nya di muka Cik Rose. Nak tanya, hanya ada satu shade je ke foundation ni Cik Rose? Nak try juga kalau ada shade lain2 🙆🏼♂️
ReplyDeleteye, hanya ada satu shade saja. Tapi, macam sesuai untuk kebanyakan jenis kulit.. boleh cuba ya nanti :)
DeleteNampak lain muka rose bila apply fd tuh...cantik...akak selalu mekap yg heavy kalau keluar je..kalau pergi kerja mekap nipis jer
ReplyDeleteiya, Ros pun jarang make up heavy. Kalau ke majlis tertentu atau bersiap awal ke office, baru make up.. hihihi
Deletenampak nice foundation ni, cikrose...
ReplyDeleteaida memang pengguna tegar foundation.
sebab memang perlu utk dpt kan rupa yg sempurna, kan.
then dgn spf nyer. dgn tona warna yg sesuai... perfect.
aida memang make up minima aje. lipstik. eyeliner :)
Rose ada cuba beberapa jenis foundation sebelum ni. D'Vanda ni antara yang terbaik jugak yang pernah Rose cuba :)
DeleteI am liking the coverage that this weightless foundation is giving...really makes me wants to try it..
ReplyDeleteyeah, you should try :)
Deletebetul, kalau pilih foundation yg tak sesuai, makeup pun akan jadi tak lawa
ReplyDeletebetul, tak suka kalau foundation yang buat muka kita mudah becapuk atau merekah kan..
DeleteCantiknya makeup. Nampak macam full coverage je.. mmg sesuai la klau yg nak makeup simple dan tak heavy pun
ReplyDeleteyup, yang Ros tunjuk ni ala-ala make up nak cepat. hihih.. memang full coverage..
Deletewah mcm best jee foundation nii, siap ada argan oil lagi, niceee 😃 and mmg ye lah nmpk cantik sekata & glowing je kulit after guna tuu 👍🏿 qeela kalau makeup pon mmg suka natural look je, hehe. packaging dia sweet je tgk. nnt boleh try jugaklah ni hehe thanks for sharing!
ReplyDeleteBagus gak foundation nie, boleh Make up, merawat dan melindungi. Paling penting dapat mengurangkan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit.
ReplyDeleteBukan kulit je kena remaja.. hati pun boleh juga hahahah
Wow, thank you atas perkongsian 5 TIPS UNTUK DAPATKAN WAJAH FLAWLESS DAN GLOWING
ReplyDeleteAkan akak follow rapat2 al mklumlah dah masuk 5 seris, nak jugak flawless dan glowing , kan :)
Cara Nak Buat Duit Dengan Blog Walaupun Orang Tak Membeli Apa2 Dari Kita
Wah coverage dia bagus. Nanti kalau ada kawan kawan perempuan cari leh recommand jenama nilah kan.
ReplyDeletekalau dah serasi memang nampak makin cun lah cik rose.
ReplyDeleteJanji Kita
Sis sampai lah sekarang tak pandai nak bermakeup guna foundation. Nak pilih foundation pun tak pandai. Sis pakai bb cream je kemana-mana..:D Nanto boleh lah cuba foundation ni, mana tahu sesuai pulak kat sis
ReplyDeleteComel botol dia cik rose. Coverage pun elok je tu. Nampak sangat natural. Suka sangat.
ReplyDeleteYang best foundation ni boleh merawat dan memudarkan kesan2 jerawat juga. Siap boleh nengekalkan keremajaan tu.
Agree with all the tips. Choosing the right foundation also important and must be matching with our skin tone.
ReplyDeleteI like the simple and classy packaging. I can see there difference before and after the application, will check out more about the product soon.
ReplyDeleteSekarang ni dah banyak foundation yang ada di pasaran, nampaknya yang ini macam bagus jer//
ReplyDelete