Hai. Selamat petang.

Raya ni anda semua buat sendiri ke biskut raya?.. atau pun order je..

Kepada yang order biskut raya tu, mesti banyak jenis kan.. kadang-kadang kita ni tengok ini berkenan, tengok itu pun berkenan.. Order je.. Tup tup, tak sedar yang kita ni dah overlimited.. hehehhehe.. saya tak macam tu.(yeke?..)

Ok, di bulan Ramadhan ni saya akan bersikap jujur. Setakat ni saya hanya order 4 jenis biskut sahaja dengan kuantiti 50 biji satu jenis. Tak percaya?.. betul la. Sila baca : setakat ini!. hehehe..

Biskut yang bertuah ialah :

(1) Biskut almond London, (feveret ni!)
(2) Biskut makmur kacang. (feveret jugak!)
(3) Biskut Marble coklat (juga menjadi fevert)
(4) Biskut Almond cookies ( ni pun feveret)

berapa banyak daa feveret?.. hihihi...


Rancang nak buat sendiri biskut raya tahun ni. Tapi, tak ada peluang kerana masih berjauhan dengan suami kan.. Masa bilanya nak buat biskut, kalau dah saya ni balik rumah kami kat Jb hanya pada hari Sabtu je...


p/s : Nak tanya ni, Biskut raya ke Kuih raya?.. sama je kan.. hihihi..


Ros.reeza