Monday, August 13, 2012

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black feat Malique


Selamat pagi semua..  Hari ni cuma nak share lirik lagi ni je :)

Sekarang ni suka dengan lagu ni, sedih je dengar :(

Suara Black tu yang buat tambah-tambah sedih lagi...

Cuba tengok liriknya ye :)


Lirik Lagu Teman Pengganti – Black feat Malique


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti




24 comments:

  1. owhhh ini tajuknyer... ada 3-4x dgr, sayu sgt tp x tau tajuknyer apa...

    mmg touching abes lagu ni, dgn melodi nyer

    ReplyDelete
  2. thnx sharing lirik nie .. mmg sayu

    ReplyDelete
  3. xdgr lg..nt nk cri la lagu ni..

    ReplyDelete
  4. ehh kita pun suka dgar lagu nie..sgat touching kann..hehe

    ReplyDelete
  5. mode sedih ke ni?touching lagu ni mmg ye :)

    ReplyDelete
  6. Kakak bab lagu nie memang selalu tertinggal ros. Tapi baca liriknya macam sendu je bunyinya...

    Meh senyum-senyum... dah nak raya nie:)

    ReplyDelete
  7. tiba2 terasa umur makin lanjut.. sbb sungguh tak up to date dengan lagu2 masa kini..haha..

    ReplyDelete
  8. ketinggalan deqla ni..x pernah dgr lagi la dear.. kalo radio mana selalu kuar lagu ni??

    ReplyDelete
  9. ayu rasa tak pernah dgr lg..huhu

    ReplyDelete
  10. x penah dgr lagu ni..tp tacing sggh..huhu

    ReplyDelete
  11. suke dgr lagu ni.. lirik dia mendayu².. bile black nyanyi ..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum rose....bestnya lagu ni...:)

    ReplyDelete
  13. Nape mood sedih ni? Nk raye kan so chill k! :-)

    ReplyDelete
  14. Ada dengaq lagu ni kat radio, tapi lirik tak berapa nak faham, yela dengaq sekali lalu kan tapi best jugak ;)

    ReplyDelete
  15. lum pnh dgr lg lgu ni... nk cariklah hihi

    ReplyDelete
  16. tak pernah lagi saya dengar lagu ni...

    ReplyDelete
  17. best lagu ni hihi...ala ros nak raya ni jgn sedih2 nah hihi

    ReplyDelete
  18. tak pernah dengar lagi. nak raya ni kena hepi2 je :)

    ReplyDelete
  19. lagu ni memang best Ija.. tapi, nape lirik dia macam tu?... huhuhu.. macam ada something je ..

    ReplyDelete