25 Random Facts About Me



Selamat pagi semua..

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini :)

Pagi ni nak buat satu entry khas. Cewwaahhh.. khas gitu. Ros telah di tag oleh CIK SUE  pada 27 Disember. Dah berlalu seminggu, baru berkesempatan nak buat.. (tak mau salahkan masa!)

Tak pandailah nak bercerita.. hihi.. Tak tahu nak mula dari mana..

Ok, kita mulakan ye :)
 
 
 

1. Merupakan anak ke 4 daripada 5 adik beradik. Mempunyai 2 orang kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki.. Kiranya, perempuan bongsu lah.. So, agak manjalah.. hihihi...

2. Berasal dari Sungai Petani, Kedah. Oh negeri Jelapang padi, walaupun kat kawasan rumah masa tu tak ada padi. hihi..

3. Telah berkahwin pada 30.09.2011 dengan pilihan hati yang juga berasal dari Kedah.. Dari Jitra.

4. Ada sesuatu yang unik tentang keluarga saya. Ayah merupakan pesara Tentera, Abang kandung tentera, abang ipar tentera, dan bertemu jodoh dengan anggota tentera juga :)

5. Sekarang ni duduk di Johor Bahru. Baru dapat bertukar 2 bulan. Sebelum ni, bertugas di MINDEF, Kuala Lumpur. Tetap menjadi perantau la kiranya.. huhu.. Kampung nun jauh di utara, saya pula di selatan..

6. Memang anak mak dan ayah sebab tak boleh berpisah langsung masa zaman sekolah dulu. Lepas UPSR, dapat tawaran ke MRSM Terendak, pergi hanya seminggu. Pastu cabut lari... hihi.. Boleh baca di entry ni, sampai bertemu.

7. Peminat warna purple yang sejati. cewaah.. ayat kemain lagi.. hihi.. Banyak baju warna purple, koleksi barang-barang purple.. Apa sahaja yang berwarna purple amat cantik di mata saya..

8. Suka sangat udang! Tak kisahlah masakan apa pun, kalau dah ada udang, dah tentu-tentu sedap punya.. Tapi, sekarang kena pantang dah.. Saya ni ada alahan dengan udang..

9. Seorang yang sensitif bertempat.. Eh, maca mana tu?.. Maksudnya, masih tahu mengawal perasaan.. hihi.. Tak bazir sangat la air mata.. Suka nangis sorok-sorok, bila orang dah tak ada. Misalnya, kalau kena marah ataupun terasa hati, saya takkan menangis depan orang tu... Hihihi.. Bila orang tu tak ada, baru air mata ni jatuh dengan lajunya!

10. Minat tengok jam-jam yang lawa tau.. Tapi, tak boleh nak pakai. Kalau pakai, nanti tangan rasa lenguh sangat. Tak tahu kenapa?.. Mungkin sebab di bawah ni kot :

11. Pernah patah pergelangan tangan kiri pada darjah 5, iaitu pada umur 11 tahun. Masa tu ada perkhemahan kat sekolah. Habis berbaris, semua berlari ke khemah untuk salin baju. Masa berlari tu, kaki saya terlanggar wayar mikrofon. huhu..

12. Seorang yang setia pada handphone jenis Sony Ericsson.. Saya ni jenis yang pakai handphone sampai rosak. Bila dah tak boleh guna, baru saya akan beli yang baru. Tapi, kini saya dah belot.. hihi. Saya menggunakan Samsung pula,(hadiah dari suami).

13. Takut Kucing! Yeah.. itulah saya.. Dari kecil sampai sekarang.. Kadang-kadang tengok pun dah rasa semacam.. Bukan pe, takut kena cakar je. hihihi.

14. Suka memasak. Betul tau, walaupun hasilnya kadang-kadang boleh menewaskan Masterchef.. hihi.. berangan je.. Suka tengok program masakan, suka kumpul resepi.. Tapi, belum berkesempatan nak mencuba.. Geram tengok resepi kek-kek yang best sekarang ni.. Nanti akan saya kuatkan semangat nak mencuba jugak.. (Sebenarnya oven pun tak beli lagi, tapi mixer dah beli) hihi... Tengah survey oven sekarang ni :)

15. Tak pandai bawak kereta, dan tentulah tak ada lesen kan.. Niat nak belajar memang ada ni.. Tunggu masa yang sesuai :)

16. Dulu, suka tengok cerita Hindustan. Antara pelakon yang diminati ialah Amir Khan dan Manisha Koirala. Filem yang saya suka pula, Mann, Akele hum Akele tum, Dhadkan, Mujse Dosti Karoge dan banyak lagi .. Tapi, sekarang dah kurang menonton dah. Macam dah tak best cerita hindustan sekarang ni :(

17. Suka window shopping. Eh, kenapa?.. Tujuan asal dari rumah nak beli baju atau kasut. Tapi, bila dah sampai tempat yang dituju, tak beli pun.. Tak berkenanlah, apa lah.. hihi.. Saya ni  jenis yang susah nak membeli.. Untung suami saya.. hikhikhik..

18. Kalau makan kat luar, selalu ada order tom yam, kailan ikan masin, telur dadar, udang/sotong goreng tepung. Sampai rasa dah jemu, tapi bila pergi lagi, order yang tu jugak.. hihi...

19. Suka tengok orang yang pakai eyeliner.. Cantik dan kemas je.. Tapi, diri sendiri tak pandai pakai.. Nanti keluar habis air mata.. hihi.. Masa make up kahwin tu pun, jenuh jugak nak pakai..

20. Penggemar nescafe yang tegar. Tapi, sekarang ni dah cuba kurangkan minum, untuk jaga kesihatan.. hihi..

21. Masa zaman sekolah, suka sangat subjek Sejarah. Walaupun orang lain kata sejarah membosankan, tapi bagi saya amat menyeronokkan :)

22. Negeri yang saya tak sampai lagi Di Malaysia ialah, Terengganu dan Sarawak. Ada yang nak ajak saya ke sana?..

23. Tak pernah lagi ke Cameron Highland! huhu.. Kesian kan.. Dah merancang nak ke sana, tunggu tarikh yang sesuai sahaja. Sekarang ni dah duduk JB macam jauh pula nak ke sana..

24. Penggemar ais krim coklat. Tak jemu-jemu dengan ais krim coklat. Ais krim perisa lain tak nak k :)

25. Masa zaman sekolah, tak pernah ada hobi 'mengumpul setem'. hihihi.. (eh, ni pun nak masuk dalam list ke?... hentam sajalah..)
 
 
Sekian, dari saya.
 
 
p/s : Jujur tau saya menulis ni :) hihihi
 

Post a Comment

17 Comments

  1. perghhh terbaiklah kak.. kalu sy jenuh nk pikey hihi..

    ReplyDelete
  2. banyak yg akak dh tau tentang dri awak... sgt2 berguna nih... tp paling tak tahan yg tkt kucing hehehe... akak pun suke tgk cite industan lama hero2 skrg tak best

    ReplyDelete
  3. menarik...mcm ble ngam ngan akak...hehe

    ReplyDelete
  4. Ok Ros kakak dah tahu. Sama kakak pun takut kucing. Kakak pun suka tomyam. Eh... mestilah ada yg tak sama kakak sampai sekarang masih kumpul setem yg ros tak pernah buat kan..

    JB kat mana. Meh sini kita gather-gather..

    ReplyDelete
  5. oo sensitif ye.. kena hati2 kalau komen ni. hihi

    ReplyDelete
  6. byknya menarik..n byk jgk sma..hihi

    ReplyDelete
  7. dah byk tau psl ros...hehehe...fmly akak pun mcm ros majoriti tentera....ayh akak dulu navy...suami akak darat...bakal adik ipar navy...huhuhu

    ReplyDelete
  8. akak akut kcing yer..hihihi..sabar jela... :)kak amik lesen cpat..nnt blh jejalan sendirik ;)

    ReplyDelete
  9. as-salam ros..
    tenq tau ;)
    kita sama2 dari kedah..
    suka udang..
    suka window shopping
    suka memasak juga ;)
    jom g cameron sama2, nak?
    honeymoon trip..hihi

    ReplyDelete
  10. yg no 13 tu kita sama lah. hihi..

    ReplyDelete
  11. Amboi.. banyaknya rahasia mu.. hihi

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ros...menarik nyer..wah ros dah duduk jb yer? dok kat mana skg ni boleh kita chit chat kalau ada masa kan...

    ReplyDelete
  13. dpt suami tentera? wah hhe..sha suka kucing :) emm..sha guna gak sony..tp batery xbaik

    ReplyDelete
  14. banyak jijah tahu tentang ros :) keluarga jijah pon kebanyakan ATM.. ayah darat, suami navy, adik ipar udara..hee lengkap!

    ReplyDelete
  15. family tentera la kira ni yea.hehe
    sama la kita. tak ada lesen keta lagi.

    ReplyDelete
  16. ooo sp... balik sini leh jumpa.. hihii

    ReplyDelete
  17. jom kite wat rombongan cik kiah p sarawak... hehe

    ReplyDelete