EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH


Ok, kali ni nak cerita tentang Drama Teduhan Kasih yang ditayangkan di TV3, jam 7 malam.. Jangan terlepas pulak, malam ni episod akhir.. Semua persoalan bakal terjawab gitu.. Mesti ramai yang setia depan tv kan.. Saya pun suka jugak tengok drama ni.. Watak Ehsan tu mesti ramai yang suka kan?.. baik je.. Effa pulak lemah lembut je.. Ayu?.. Sape yang suka watak Ayu?.. hahahha.. Memang menjadi lakonan Nabila Huda ni tau.. Geram dibuatnya.. Jahat sangat,, Suka kacau kehidupan Effa.. Eh, Kak Long pun best kan.. Watak dia menonjol.. Kadang-kadang geram, kadang-kadang nak ketawa tengok perangai Kak Long tu.. 

Episod semalam, Ryzal dah pun meninggal, tapi dia sempat jumpa anak dia, Adam. Effa bawak jumpa di hospital kan.. Ayu pulak ajak Ehsan kahwin semlam.. Hello, Ayu! tak malu tau!.. Mak tiri Effa dah insaf.. Malam ni bakal terjawab adakah Effa akan bahagia bersama Ehsan?.. Dapat tak Ayu tu rampas kebahagiaan Effa?.. 

sumber gambar : Google

Bagi yang tak pernah tengok cerita ni, saya sertaka sinopsis ye.. Boleh baca je sinopsis ni.. hihihi..

SINOPSIS 
Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam . Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa  terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya. Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.
Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat.  Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 
************************
Cerita ni memang lari lah sikit dari novel.. Ada yang diubah.. Mungkin nak bagi lagi boom kot?.. Tak tahu lah.. Ada yang kata Ayu akan gila.. Betul ke?.. Effa dapat anak kembar?.. Semuanya terjawab malam ni :)

Selamat menonton :)



Post a Comment

33 Comments

  1. xsabar nak tgk episod mlm nie..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak sbar nak tgu episod mlm nih

    ReplyDelete
  3. mesti iklan berlumba lumba jugak mlm ni.tau lah tv3,suka amik kesempatan.hehe

    ReplyDelete
  4. shad singgah dan follow. terima kasih kak ros, drop by dekat blog shad n follow..
    ps: Teduhan kasih memang oshem..

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut novel Ayu tu jadi gila, Along pada effa tu suami dia kawin lagi di siam. effa dapat anak kembar bahagia dgn Ihsan. Tapi tv kakak tak tahu sebab tak menonton...

    ReplyDelete
  6. he he he...entry kita kebetulan sama pagi ni ros... *_^

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tengok malam ni....
    memang geram dengan ayu tu...

    ReplyDelete
  8. spanjang episod pon, memg ayu dah gila..hahaha...ada lagi keee isteri mcm effa tu?...kekeke...tunggu je ptg nie, ape ending dia..

    ReplyDelete
  9. saya suka sgt watak kak long tu... mmg dasat dia bawa watak tu... hidup betul...!! tak sabar nak tau endingnya...

    ReplyDelete
  10. @nuyui a.k.a miss YUIbetul, Yui. watak Ayu tu memang menjadi!

    ReplyDelete
  11. @Mimi Azirahsabar kak.. hihi.. walau tuan blog pun sebenarnya memang tak sabo!

    ReplyDelete
  12. @Cik Puan Raraitu sudah semestinya.. cerita 5 minit, iklan yg panjang lebar.. hihihi

    ReplyDelete
  13. @sha dhirasama-sama dik.. moga hubungan sesama blogger bertambah mesra :) hihihi

    ReplyDelete
  14. @Kakzakieye kak. drama dia memang lain sikit dengan novel.. kalau novel, Ryzal meninggal sebab accident, tapi drama ni meninggal sebab sakit..

    ReplyDelete
  15. @Farah Waheda Wahidye la, sama.. tadi dah singgah blog akak jugak :)

    ReplyDelete
  16. @Ibu Amirulmemang ramai yang geram dengan Ayu kak.. hahaha

    ReplyDelete
  17. @Cik Puan FadliAyu tu memang psyco.. hikhik.. isteri macam Effa?.. entah kak, ada kot..hihih

    ReplyDelete
  18. @Nora KarimKaklong tu macam menceriakan la .. hihihi.. selamber je dia cakap ngan mak dia gitu.. hahaha.. emm tak patut kan.

    ReplyDelete
  19. wpun dah tau ending cite ni tapi tetap nak tunggu jugak..esok tgk la rating mesti berjuta..

    ReplyDelete
  20. bagi deqla, inilah drama terbaik 2013... smua pelakon pndai memainkan peranan masing2.. tu la x sabar nk tgk episod akhir ni... hrp2 hepi ending la...hihi... =)

    ReplyDelete
  21. semalam tngok fill lebih.. smpai klur air mata..tk sabar nk tngok cite ni..
    *mmng murah dgn air mata..~ngeen~

    ReplyDelete
  22. Akak ikut sikit2 kadang2 jeling dari dapur, time tu macam sesak sgtkan. Magrib lagi, nak masak makan malam lagik.

    ReplyDelete
  23. hohoho.. malam ni episod akhir yer... x mengikuti sgt, tgk itu2 jer...

    ReplyDelete
  24. kak fifi tak follow pon ros.. hihi.. pukul 7 tu time busy..

    ReplyDelete
  25. Ehsan mti kna aids?...tungguuuuuu...

    ReplyDelete
  26. Ehsan mati kna aids?...tnggu...pengarah drama akn ubah atau x..tk thulh....harta ehsan jatuh pd adam anak effa dan effa...tp smuanya trjwp mlm ni.......apapun teduhan kasih drama terbaik dekad ini slps tentang dhia dulu...

    ReplyDelete
  27. tak tgk pon
    so tak tahu sangat
    bc sinopsis mmg best

    ReplyDelete
  28. ayut tgk cite ni last episod....best2x... :)

    ReplyDelete
  29. Boleh tanya,episode yg mak tiri iffa nak pergi langkawi tu episode berapa ya?

    ReplyDelete