Nak cerita tentang durian crepe kali ni. Sana sini orang dok bercerita pasal durian crepe ni. Buka blog, ada. Bila buka fb pun ada, tengok orang dok post. Sebenarnya saya ni pun memang teringin nak rasa. tak pernah jumpa ada jual kat luar. So , apa lagi saya pun tanya pada mak cik google. hihi. Kebanyakan yang jual, semuanya customer kena ambil sendiri.tak ada penghantaran. yelah, nak jaga kualiti produk kan. Mana boleh main pos aje. hihi.

cuba tengok kat bawah ni. tergoda tak?

gambar ni makcik google yang bagi :-)




Setelah pencarian secara online gagal, maka saya pun meneruskan pencarian ke alam realiti. hikhik. nak dijadikan cerita ada member ofis tanya nak beli tak durian crepe. kiranya dia hanya ambil order je la. orang lain yang jual. saya pun apa lagi order 1 pack. RM10 untuk 1pack. Ada enam ketul. waahhh gembiranya hati. tak sabar nak balik rumah nak makan. Bila balik, saya pun letak dulu peti ais. sebab orang kata makan sejuk sejuk lagi seedaaap.. Pastu bila dah sejuk saya pun ambil la nak makan. emm ternyata durian crepe bukanlah makanan saya. tekak ni taknak terima rasa durian crepe yang sebegitu.  Patutlah macam susah je saya nak dapatkan durian crepe ni. Rupanya memang tak kena dengan tekak saya. huhu.



p/s: manusia diciptakan berbagai -bagai jenis. kita punya citarasa yang berlainan. ada yang menggemari durian crepe. ada yang tidak seperti saya. tapi memang geram tengok gambar durian crepe ni.. gebu.... Kenapa tak sama dengan yang saya beli ye?.. emmmm.



maaf, gambar durian crepe yang saya beli tak sempat di ambil akibat kekecewaan. hihi.