Kadang muka tampak riang. 
Namun, bukan itu yang ku tanggung.

Mungkin tingkahku bersahaja.
Itu untuk menutup gundah hati ini.

dan bila senyuman di bibir senantiasa.
tak bermaksud duka tiada menyinggah.

seketika, soalan itu kau ajukan.
bagaimana harus ku kata?
apa harus ku jawab?
Puas aku fikir.
tak ketemu jawapan.
Senyum sahaja.
ya, senyumlah jawapan tepat untuk soalan kau.

lagi, kau ajukan yang sama.
oh, mengapa?
aku tiada jawapan.
sudah cukup, cukup sudah.

Kau tak alami.
itu bukan alasan untuk kau bertanya padaku.
boleh tolong aku?
berhentilah.
berhenti dari menyoalku.

kerana?

kerana aku tiada jawapan untuk segala persoalan kau.

Eh, aku bukan kaunter pertanyaan yang boleh kau singgah. 
yang boleh kau marah jika kau tak kuendahkan.

So, go to the right person and place, can you?.



Masih berharap dan terus berharap.
moga ada jalan.
eh, bukan.
pasti ada jalan!

Jom hayati lagu InsyaAllah, Dari Maher Zain.