Alhamdulillah. Impian nak ada oven memang dah lama saya idamkan. Saya ni minat jugaklah membuat kek, biskut.. Dulu masa bujang-bujang, saya selalu buat kek dan biskut raya dengan mak. Mak saya memang berbakat dalam bidang masakan. Kiranya, minat saya ni dari pengaruh mak jugakla.. Selain dari buat untuk makan sendiri, mak saya pun ambil tempahan dari kawan-kawan beliau.

Bila dah kahwin, memang saya nak sangat oven. Nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah, dah tercapai. Terima kasih, abang kerana belikan :-)

Hari Sabtu lepas, saya pergi Tesco nak beli barang dapur sikit. Kebetulan ada offer untuk oven ni. Terus suami saya belikan. Memang tak ada niat nak beli oven pun masa tu. Rasa happy sangat. hihi.

Ini lah rupa oven saya ni :




Semangat memang berkobar -kobar ni. Nak cuba macam -macam resepi. 

Saya dah rasmikan dah oven ni keesokkan harinya iaitu hari Ahad tu.

Next entry saya cerita apa yang saya buat ye.



Syukur Ya Allah.