Sumber berita : mSTAR Online
GEORGE TOWN: Ribut petir bertiup kencang di Pulau Pinang mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan menyebabkan banjir kilat pada Khamis.
Angin kencang yang bermula pada 7 malam telah menumbangkan tiang antena setinggi 40 meter di atas bangunan Umno 21 tingkat di Jalan Macalister.

Di Tanjong Tokong, bumbung dilihat berterbangan dari rumah-rumah.
Jabatan Meteorologi berkata, ribut ini berlaku selama kira-kira satu jam dari pukul 7 malam.

Masalah itu turut dilaporkan di beberapa kawasan seperti Esplande, Weld Quay, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Masjid Negeri.




Ribut ni bukan sahaja melanda Penang, turut melanda semua negeri di utara, termasuk Kedah.. Malam semalam, adik saya updated statusnya di facebook.. Berderau darah bila saya baca.. Risaukan mak ayah dan keluarga di sana.. 



Bila baca tu, terus call mak tanya.. Yela, masa petang tu dah call mak, dok sembang-sembang.. tak dak pulak mak cerita ribut ke ape ke.. cuma mak kata hujan je.. huhu.. 

Ya Allah, Kau selamatkanlah semua penduduk di sana..