Thursday, July 04, 2013

KEBAIKAN BUAH KIWI UNTUK IBU MENGANDUNG



Antara buah kegemaran saya ialah Buah Kiwi, selain buah naga... Selalu jugaklah kalau gi Giant ke Tesco ke nak beli barang dapur, mesti beli jugak buah ni.. Manis-manis masam gitu.. Kalau buat jus pun lagi sedap... Masa taip entry ni pun dah terasa-rasa dah kat tekak ni.. hihihi,.. Ok, entry ni saya cuma nak berkongsi Khasiat Buah Kiwi bagi Ibu Mengandung.. Sharing Is Caring... Mana nak tahu kan, kot-kot ada yang mencari khasiat buah ni.. Bolehlah baca entry saya ni.. Sebenarnya, yang belum mengandung macam saya ni pun, boleh je makan.. Banyak jugak khasiatnya kan.. Cuma, kali ni nak fokus pada ibu mengandung.. Bukan saya saja reka-reka tau.. Saya ambil dari laman web PUSPANITA..





1. Kekalkan Sistem Imuniti
Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

2. Tinggi asid folik

Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.
Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.
Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.
3. Mengurangkan Sembelit


Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah
Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


p/s : Suka tak makan buah Kiwi?....






16 comments:

  1. suka makan buah kiwi, terutama kalau yang ada atas fruit tart tu...

    ReplyDelete
  2. x reti nk makan buah kiwi kecuali kalau mmg dah ade atas kek or puding. hehehe. tp bagus kan, banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  3. fae x pandai makan buah kiwi :/

    ReplyDelete
  4. Kiwi ni kalau mkn... Lawas sungguh he3

    ReplyDelete
  5. Kakak penggemar buah kiwi dan dragon fruit Ros. Rumah kakak boleh katakan ini antara yg ada di fridge selalu.

    ReplyDelete
  6. suka jugak, yg kuning manis sikitkan.. kiwi emas...

    ReplyDelete
  7. suke kak tooonnn!
    hihi....

    erm... byk khasiat tuk org pregnant ye... baru dapat tau ni...

    ReplyDelete
  8. nory suka makan buah kiwi..
    sedappp..
    lagi sedap kalaud apat minum jus kiwi...yummy

    ReplyDelete
  9. pecaye x deqla x penah mkn..haha.. tp kalo ditakdirkan deqla preknen nnti, wajib mkn ni..sbb byk khasiatnya.. thanks for sharing.. =)

    ReplyDelete
  10. ini buat faveret noe ni..

    ReplyDelete
  11. saya suka buah kiwi. sodaaaaap

    ReplyDelete
  12. haah.. kiwi hijau @ yang warna kuning kedua2nya memang sedap tp agak mahal.. Yg hijau biasanya RM10 utk 5 biji, yg kuning plk RM13 utk 5 biji 😍

    ReplyDelete