Walau hari raya haji lepas, tak dapat balik kampung, dapat jugak merasa makan ketupat. hihi..

Jumaat lepas kan saya dan suami balik kampung untuk pergi meminang. Jadi, mak mertua saya pun buatkan ketupat palas. Banyak yang mak mertua saya buat. Ada ketupat pulut biasa,ada jugak pulut hitam. Tapi, saya tak berapa suka yang pulut hitam. Sebenarnya, saya ni memang tak boleh makan pulut banyak.. Nanti rasa ketat dada.. 

Bila nak balik pagi ahad tu kan, sempat lagi mak mertua bekalkan kitorang ketupat palas ni tau. Tapi , bukan yang siap direbus tu. takut tak tahan lama nanti kan.. Mak mertua buat yang separuh masak tu la. Lupa pulak nak snap gambar.. hihi.. 

Jadi, malam tadi saya rebuslah ketupat untuk makan malam. Buat sekali kari daging.. Sebab suami saya memang suka cicah kari daging, tak gemar makan dengan rendang.. Tapi, kari daging saya ni tak sama dengan yang mak mertua saya buat.. Warna pun lain. hihi..

Jom, tengok gambar kat bawah ni.. 




Tengahari ni, kawan-kawan makan apa?.. 

Sempat juga balik rumah mak saya, yang bestnya mak saya buat rendang ayam.. Sedap.. Alhamdulillah.. Terima kasih mak :) Rendang ayam tak ada gambar ek.. hihihi.