POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN



SUMBER : IKIM FM


POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.




Post a Comment

8 Comments

  1. Ada dengar dalam tv haritu..
    btw thx for the sharing ros =)

    ReplyDelete
  2. baru tahu pasal ni
    thanks info :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<






    selamat hari raya korban.

    ReplyDelete
  4. ross, great piece of sharing and thanks for sharing tau...

    ReplyDelete
  5. thanks sharing info ros..selamat hari raya korban

    ReplyDelete
  6. Another new lesson for me ;) Thanks sharing.

    ReplyDelete
  7. owh.. so sesapa yg nak buat ibadah korban tu mmg xleh cukur atau potong mana2 bahagian badannya la kan.. deqla x turut serta masa korban tu.. sbb seriau tgk ..huhu

    ReplyDelete