Friday, December 06, 2013

KHASIAT BUAH PISANG



Alkisahnya, pagi tadi bos ada bagi buah pisang.. Letak kat pantry.. So, dah tengahari baru saya pi makan.. Dah alang-alang makan buah pisang tadi, google la khasiat buah pisang.. Wah...macam-macam khasiat ada.. dari macam-macam blog.. Akibat dah tahu nak ambil maklumat dari blog yang mana, saya pilih je dari Wikipedia.. Wah gitu.. Entry ilmiah la sangat ni kan.. hikhikk.


Copy sebiijik-sebijik ni tau.. No edit-edit.. hihi..

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Apalagi, jom kita makan buah-buahan tempatan :)





11 comments:

  1. alert bagi pesakit kencing manis ... nasib baik x de kencing manis... alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Buah memang bagus untuk di makan. Baik untuk IQ anak-anak terutamanya pisang :)

    Nice info...

    ReplyDelete
  3. mmg sodap.... mkn begitu saja pun sodap

    ReplyDelete
  4. mmg byk khasiatnya..tp deqla jarang sgt mkn buah pisang.. deqla lebih suka mkn buah betik.. heee..

    ReplyDelete
  5. memang sedap tau buah nih....peberet kak intan

    ReplyDelete
  6. Oleh krn kandungan gulanya tinggi tulah pisang ini dikatakan menggemukkan penggemarnya....akak suka sgt mkn pisang..ahaha

    ReplyDelete
  7. betul pisang mmg tak boleh dimakan oleh pesakit kencing manis. kalau sakit gigi makan pisang, rasa mcm nyut nyut je tau

    ReplyDelete
  8. Bagi orang yang ambil nab, elok makan pisang, sebab kadar pottassiumnya tinggi

    ReplyDelete
  9. pisang antara buah y paling banyak khasiat..terutama untuk orang y diet...sebab pisang boleh kurangkan boyot dekat perut..

    ReplyDelete