Ahad lepas, kebetulan Encik suami masih cuti. Duduk rumah berdua lah kan. Selalunya hujung minggu pun suami saya kena duduk kem.. Bila beliau cuti ni, saya pun ajaklah gi tengok wayang.. Cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.. Nak tahu tak, ni kali pertama kami tengok wayang setelah berkahwin tau. dah dua tahun.. hihi.. Suami saya ni tak minat nak tengok wayang sebenarnya.. Ni tengok pun sebab ada Ustaz Azhar Idrus dengan Shiro.. Cerita komedi kan..

Kami gi tengok kat Jusco Tebrau,. Ni je yang berhampiran dengan rumah saya. Memang dekat.. 10 minit je dari rumah kalu naik motor.. hihi.. Kalu naik kereta tambah sikitlah minitnya kan.. Boleh gitu?.. 

Masa sampai tu dalam pukul 1.30.. Ramai jugak orang masa tu.. Beratur lah nak beli tiket. Dapat tiket kul 2.10 petang. Ok la kan. tak perlu tunggu lama..



Pada saya, cerita ni best la jugakkan.. Ada unsur komedi, ada unsur nasihat. Sape yang tak tengok lagi, gi lah tengok.. dan nilaikan sendiri.. Banyak yang  boleh kita ambil sebagai pengajaran tau.Tapi penampialan UAI sikit je lah.. Tak banyak pun. Sebab hanya penampilan istimewa. Teringat-ingat saya dengan satu dialog dlaam filem tu. 1 Marhalah.. hihi... Kerana 1 Marhalah, dorang bergaduh.. hihi.. Ada banyak halangan yang dorang kena tempuh sebelum berjaya nak tengok ceramah UAI secara live.. hihi..

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang?.. Eh saya dah datang tau.. hihihi..