Baru berpeluang nak mengarang entry.. Biasalah busy mengemas kan, mengangkat barang pindah rumah..

Ayah, lahir pada 25.04.1962.
Sekarang usia ayah 52 tahun.

Untuk ayah,
Selamat ulangtahun kelahiran..
Moga Allah panjangkan usia ayah dan mak..
Moga Allah murahkan rezeki buat ayah dan mak..
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk ayah dan mak..
Moga Allah permudahkan segala urusan ayah dan mak menuju ke jalan baik dan benar..
Moga Allah selamatkan ayah dan mak di dunia dan juga di akhirat..
Moga Allah berikan kegembiraan buat ayah dan  mak..
Moga Allah ringankan beban kerja ayah dan mak..

Ayah,.. ayah hero Ija..
Ija sayang ayah dan mak..
Terima kasih kerana telah menjadi suami yang baik untuk mak..
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat kami lima beradik..
(taip entry ni dalam cuaca yang cerah, tiba-tiba hujan lebat kat pipi..)




Kek hari lahir buat ayah. Sambut awal, masa saya balik Kedah cuti lepas.. Nama puan blog pun ada jugak. hihi.. Sambut awal juga.. Birthday puan blog beberapa hari je lagi ni. hikhik.. Lilin besar ada lima dan lilin kecil ada dua.. Maksudnya, umur ayah 52 tahun :)