Ok, hari ni rasa nak cakap tentang perubahan pula... Bukan apa, tiba-tiba terfikirkan sesuatu.. Sesuatu yang membelenggu diri ni.. Entahlah kenapa. Bila dok buat kerja tadi, tiba -tiba je teringatkan sesuatu... Dulunya manis, sekarang tidak lagi.. Bukan lagi tawar, tetapi amat pahit untuk di telan..

Pengalaman memang banyak mengajar kita, kan?. Apa yang terjadi pada masa lalu, semuanya ada hikmah buat diri kita.. Jangan difikir negatif sahaja, fikir juga dari sudut positif.. 

Cuma yang perlu diingat, 


Ye, kata-kata kat atas ni betul, kan?.. 
Jangan menilai seseorang berdasarkan kisah silam tetapi lihatnya pada hari ini kerana setiap orang boleh berubah.

Masa merubah segalanya.. Manusia boleh berubah sekelip mata! Jangan kerana sesorang telah melakukan kesilapan pada masa lalu, kita terus menyalahkannya dan berdendam.. Kerana, mungkin seseorang itu dah berubah dan menjadi jauh lebih baik dari kita, kan :)

So, stay positive ya!

Bila letak tajuk macam tu, terus teringat lagu dari Haleeda ni :


Setia Kasih 

Sekali air sungai melimpah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah... yang jadi ikutan...
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma... adalah pasir saja...
Penghujungnya muara

( korus )
Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai... nikmat cinta
Yang sering diperkata
Tetapi sebaliknya
Tiada Terlaksana

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hatiku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukanlah beribu
Biar bercerai badan... jasad atau pun nyawa...
Aku tetap setia

p/s : Petang ni akan ke Batu Pahat.. Rutin biasa di penghujung minggu bekerja..