Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya?. Moga semuanya baik-baik saja. Kembali bersiaran di Batu Pahat. Ecewahh.. Setelah seminggu berada di kampung, Kedah. Bukan balik kampung bercuti, tapi ada tujuan lain. Kursus. Yeahh kursus di INTURA (INTAN Wilayah Utara) yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Ok, sebelum nak cerita bab kursus, nak cerita bab lain dulu.
Dalam seminggu yang lepas, macam-macam perkara yang berlaku. Semuanya telah di susun Yang Maha Esa. Setiap yang berlaku ada hikmahNya.
Bermula pada 01.03.2016. Hari yang gembira buat Cik Rose kerana suami telah pulang setelah 3 bulan menyertai operasi. Alhamdulillah. Kebetulan suami dapat cuti selama 9 hari bermula 04.03.2016 hingga 12.03.2016. Manakala Cik Rose pula dapat tawaran berkursus di INTURA bermula 06.03.2016 hingga 09.03.2016.
Kami ambil keputusan pulang ke kampung pada 04.03.2016. Dalam perancangan memang nak singgah rumah keluarga Cik Rose dulu di Merbok. Tapi, kami mendapat perkhabaran duka dari keluarga mertua. Tok Mertua sakit dan kami terus bergerak ke Jitra pada hari tu, Pada pagi Sabtu, 05.03.2016, dalam jam lebih kurang 8 pagi, tok mertua menghembuskan nafas terakhir di rumah. Innalillahiwainnailaihirojiun. Untuk makluman, tok mertua memang duduk di rumah keluarga mertua saya, Semua telah diaturkan, suami saya tamat operasi dan dapat cuti, manakala abang ipar yang berada di Lumut(Navy) pun tamat kursus dan pulang ke kampung. Keempat-empat adik beradik suami saya ada di rumah dan dapat membantu ayah mertua menguruskan jenazah, Alhamdulillah, semua dipermudahkan dengan bantuan orang masjid dan orang kampung yang hadir. Tok mertua selamat dikebumikan selepas Zohor.
Kemudian, pada 06.03.2016 pula saya begerak ke Sungai Petani untuk mendaftar kursus. Berkursuslah saya selama 4 hari. Tajuk kursus tu ialah Bengkel Pengurusan Tatatertib. Best sangat kursus tu. Penceramah didatangkan khas dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Encik Ahmad Ghazali Bin Ahmad Hanbali. Penyelaras kursus pula ialah Puan Nor Mah bt Che Meh(INTURA). Kedua-duanya memang terbaik! Penyampaian yang menarik, jelas dan bersahaja.
Nak bagitahu ni, masa kursus kat sana, Cik Rose jumpa rakan blogger! Kak Haryati namanya.Tapi, tak sempat begambar. Mulanya kitorang jumpa hari pertama. Borak-borak sikit. Cik Rose ingatkan bolehlah bergambar pada hari kedua atau ketiga. Tapi, tak terserempak pulak. Sebab kami berlainan kursus. Tak sangka boleh bertemu di sana :)
Sepanjang berkursus di sana, banyak ilmu yang Cik Rose dapat. Dari tak tahu, jadi tahu. Dari tahu, jadi lebih tahu :) Wahh gitu. Alhamdulillah, diberikan peluang berkursus di sana. Cik Rose tak tidur asrama sebab Cik Rose bermalam di rumah keluarga di Merbok semalam dan selebihnya di rumah mertua di Jitra :) Sambil menyelam minum air orang kata.
Tak banyak gambar yang Cik Rose ambil di sana. Lebih kepada selfie je. Haahahaha.. Jangan kecam Cik Rose. Nak tengok gambar, kenalah gi instagram Cik Rose kan. Eksklusif katanya! Hikhik. Kat sana juga, Cik Rose berkenalan dengan Kak Aminah atau lebih mesra dengan panggilan Min. Cik Rose berjiran dengan Min dalam kelas. Tak sangka pula yang Min adalah kakak ipar kepada kawan sekolah rendah Cik Rose iaitu Khairul Zahra(perempuan yer).. Jodoh pertemuan Allah tentukan.
Kalau diberi peluang dan pilihan, sudah tentu Cik Rose memilih untuk hadir berkursus lagi di INTURA. Kursus berjalan lancar. Kemudahan di bilik kuliah yang terbaik. Makanan dan minuman yang sedap, sudah tentu :) Cik Rose bagi 5 bintang! (ala-ala lenggok Nora Danis gitu). Cuma satu je lah. Nama Cik Rose di sijil tu salah. Roshazareeza jadi Roshazarareeza. hihi.. Takpe, still boleh dimaafkan :)
Di kesempatan ini, Cik Rose nak ucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penganjuran kursus selama 3 hari di INTURA :) Juga buat Puan Mimi yang menjadi penyelaras sewaktu ingin mendaftar pada 06.03.2016.
Habis je kursus, terus Cik Rose buka laman web INTAN. Mohon kursus lagi! Hikhik :)

4 Comments
Alhamdulillah...rezeki kursus kat intura...
ReplyDeletenieyl pun hari tu kat intan...
hujung bulan ade team building kat intura...tapi x tahu nama naik ke idak siri II nie :)
takziah buat cik rose,,wah MV pun kursus di intan sabah last week...wah best lah dapat jumpa rakan blogger dapat balik kg sekali kan cik rose
ReplyDeleteWah kursus tatatertib... jauhnya... hihihi...
ReplyDeleteRos try mntk kursus nbos ... dpt g intan sabah. Hihihi
tulah ssh sgt nk ngeja nama tuh... sekali tersalah lg teruk sebutan nya hahahha...
ReplyDeleteitulah ada hikmah jgk cik rose amik kursus kt sana... kan