Assalamualaikum.
3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS RAHSIA KEJELITAAN SEBENAR.Kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Begitu jugak dengan Cik Rose. Hari-hari tengok cermin, dok belek muka sendiri. hihi. Bila nak dapat wajah yang licin jer. Konon tak naklah gunakan make up tebal-tebal. Nak kulit muka ni flawless gitu. Biar je kulit wajah ni bernafas. Cik Rose tahu, korang pun sama kan?
Kalau tengok dekat kedai-kedai jamu, dekat pasaraya, dalam facebook dan instagram, amboi banyaknya produk-produk untuk wajah ni. Macam-macam jenis, macam-macam jenama yang ada. Baik dari dalam negara atau pun dari negara jiran! Pengikut sesuatu jenama pun boleh tahan ramai. Tapi, kebanyakkannya Cik Rose tengok mesti ada pengelupasan. Janji pulak dalam masa 3 hari, 7 hari! Amboi, cepatnya kesan. Kadang-kadang tu teringin nak cuba bila tengok testimoni yang gempak-gempak. Siapa tak nak bila muka jadi putih mulus dalam masa seminggu je kan. Memang tergoda! Tapi, bila fikir balik. Eh tak bahaya ke untuk kulit wajah ni? Nipislah kulit ni. Takut kesan sampingannya nanti.
Alhamdulillah, Cik Rose tak alami masalah kulit wajah yang kritikal sangat. Jujur cakap, jerawat tu adalah seketul dua di waktu-waktu tertentu kan. hihi. Kesan jerawat tu yang susah nak hilang. Aduhai.. Kulit wajah Cik Rose jenis normal, cuma bila selalu terdedah dengan penghawa dingin di tempat kerja ni, kadang kala kulit jadi kering sedikit. Minum air masak cukup liter, selesai masalah. Tapi, satu je susah nak hilangkan. Lingkaran hitam bawah mata! Mata Cik Rose ni dah macam mata panda pula sekali tengok. hikhik. Bila pergi kerja, letak bedak lebih sikit bawah mata. Tapi, tak syoklahkan. Make up tu hanya untuk menutup lingkaran gelap tu untuk sementara. Takkan duduk rumah nak berbedak bagai. Bukan Cik Rose namanya tu. Cik Rose memang mengimpikan 'natural beauty'. Tapi, nak 'natural beauty' tu, mestilah kena usaha kan.
Satu hari tu, Cik Rose ternampak satu giveaway yang kak Mialiana anjurkan menawarkan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty sebagai hadiah! Eh, eh. Bila baca keseluruhan kelebihan serum ni, macam terpikat! Calit-calit merecik , bak kata Cik Piah! Ha, itulah yang Cik Rose cari sebenarnya. Tak gemar pakai banyak sangat rangkaian produk. Sabun, krim itu, krim ini. Tapi, hasilnya tiada. Nak pula bila dutanya ialah Feeya Iskandar @ Cik Piah! Kulit dia kan cantik. Tu yang Cik Rose ambil keputusan join. Dan Alhamdulillah, rezeki. Cik Rose terpilih sebagai salah seorang pemenangnya.
Banyak
kebaikan 3D Gold Stemcell Serum ni. Jom Cik Rose kongsikan yer dengan korang
:
KEBAIKAN 3D GOLD STEMCELL SERUM
- Membantu untuk menghasilkan kolagen.
- Memberikan wajah anjal.
- Dapat menghilangkan parut hitam dan menghilangkan jeragat.
- Sebagai agen pelembapan yang semula jadi.
- Membantu mendapatkan kulit tona sekata.
- Berfungsi sebagai anti penuaan.
- Berkeupayaan untuk menyerap masuk dalam lapisan
epidermis kulit dan membawa nutrisi ke sel-sel kulit.
- Membantu pertumbuhan sel-sel kulit.
- Lindungi kulit dari perosakan cahaya UV.
- Mengurangkan pembentukan radikal-radikal yang
merosakkan kulit.
- Mengecilkan liang pori.
- Membantu mengawal minyak muka dan menghilangkan garis halus
serta kedutan muka.
- Membantu mencerahkan wajah dan menegangkan muka yang
menggeleber.
- Mengurangkan kehilangan air dari kulit.
- Melindungi keseimbangan minyak semula jadi kulit ketika
membersihkan muka.
Inilah
dia 3D Gold Serum Stemcell Serum yang Cik Rose dapat sebagai hadiah tu. Wow,
tengok packaging dia. Meletops! Nampak elegan setaraf dengan kelebihan serum
ni! Nampak tak penutup dia yang berbentuk daun tu? Cantik tu. Mudah je nak letak dalam handbag. Tak perlu risau terkeluar ke apa ke. Memang praktikal bekas serum ni!
Gigih
tau Cik Rose edit sendiri bahan-bahan yang terkandung dalam 3D Gold Stemcell
Serum ni. Jom semak apa yang terkandung dalam serum ini :
BAHAN-BAHAN:
Cik Rose tunjuk sikit
masalah kulit wajah Cik Rose ni yer. Malu sebenarnya nak tunjuk. Tapi,
kurelakan jua. Hihihi. Yang ketara ialah lingkaran hitam bawah mata dan jerawat
di sekitar pipi comel Cik Rose tu.
Masalah lingkaran hitam di bawah mata |
Masalah jerawat di sekitar pipi |
Cik
Rose bukan saja dapat serum, krim malam juga ada. Ha, tak sabar ni nak cuba dan
lihat perubahannya! Kena pakai secara konsisten ni, baru nampak ada perubahan
ke tidak kan.
Cara
pakai? Mudah jer. Mula-mula bersihkan dulu wajah kita. Kemudian, bolehlah tekan
sikit ke tapak tangan. Dan sapu perlahan-lahan di keseluruhan wajah. Serum ni
memang meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. Lepas pakai tu, Cik Rose rasa
lembut jer kulit muka ni.
SIAPAKAH YANG PERLU MENGGUNAKAN SERUM
?
- Pengguna yang ingin memiliki kulit wajah bebas masalah
- Pengguna yang mempunyai masalah kulit kusam dan tona tidak sekata
- Pengguna yang inginkan kulit wajah awet muda
- Pengguna yang memiliki wajah berminyak
- Pengguna yang ingin menganjalkan kulit
- Pengguna yang ingin mengecilkan pori-pori wajah
Eh
lagi satu korang jangan risau kerana ianya :
★100 % Buatan Tempatan
★100 % Dijamin berkesan
★100 % Dijamin selamat
★100 % Harga mampu milik
★100 % Tanpa bahan terlarang
★100 % Dijamin HALAL
★100 % Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM
KENAPA 3D STEMCELL SERUM MENJADI PILIHAN UTAMA UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT WAJAH ?
1.
Berkesan
2. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan melindungi kulit dari ancaman benda asing hanya dalam 1 minggu
3. Merangsang pembaharuan kulit dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas.
4. Memberikan kesan anti penuaan yang optimum dan menakjubkan!
5.Tiada PENGELUPASAN, MERKURI, HYDROQUINONE, PARABEN dan PELUNTUR.
2. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan melindungi kulit dari ancaman benda asing hanya dalam 1 minggu
3. Merangsang pembaharuan kulit dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas.
4. Memberikan kesan anti penuaan yang optimum dan menakjubkan!
5.Tiada PENGELUPASAN, MERKURI, HYDROQUINONE, PARABEN dan PELUNTUR.
Ok, Cik Rose mencuba 3D Gold Stemcell Serum ni lebih kurang 2 minggu. Alhamdulillah, ada kesan positif! Jerawat Cik Rose mengecut dan lingkaran hitam bawah mata berkurangan. Dan nak tahu tak, kulit wajah ni rasa lembab jer. Dah tak kering!Tu yang suka sangat tu. Flawless? On the way. Haa gitu :)
Sekarang
ni Cik Rose displin menggunakannya dua kali sehari, nak hilangkan pula
parut-parut jerawat yang ada. hihi. Moga Cik Rose berjaya!
Terima
kasih 3D Gold Stemcell Serum dan jugak krim malamnya. hihi.
Apalagi,
selfie satu! hikhik. Tersenyum lebar Cik Rose ni ha! Mahu tak senyum, masalah
kult wajah dah settle kan. hihi. Calit-calit, merecik!
Jangan
takut nak mencuba 3D Gold Stemcell Serum ni tau. Alhamdulillah produk ni
berkesan bat Cik Rose. Bukan mudah nak mencari suatu produk yang betul-betul
sesuai dengan kulit wajah kita kan. Bila dah jumpa yang sesuai, memang tak cari
lain!
Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
10 Comments
Wow nampak perubahan good luck
ReplyDeleteTerima kasis Cik Ash ;)
DeleteBest kan bila ade perubahan....hehe..meh ler singgah2 nona punyaaaa
ReplyDeletehttp://nonasani.blogspot.my/2016/10/kulit-sihat-bersama-3d-gold-stemcell.html
ye, Alhamdulillah. ada perubahan..
Deletewow...nampak licin dah kulit muka tu..tahniah
ReplyDeleteSalam..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html
ReplyDeletesemoga berjaya..
Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html
ReplyDeleteAlhamdulillah..nampak perbezaanya tu
ReplyDeleteSalam. Terima kasih hantar entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com
ReplyDeleteEntri ini telah disenaraikan. Good Luck!
- Mia Liana -
tahniah cik rose meang dan jumpa produk yang serasi
ReplyDelete