AUDIT EKSA, MESYUARAT BAKISKA DAN CERITA KENDURI KAHWIN.

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Bersiaran awal lagi hari ni. Hari Ahad, hari minggu dan juga merupakan hari bekerja bagi Cik Rose yang bertugas di Johor. Yeahh semangat, semangat, semangat! Mulakan hari dengan senyuman. Jangan nak berblues bagai! Hikhik.

Apa khabar semuanya? Moga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Anak sedara Cik Rose di Kedah demam. Moga Dania  cepat baik!

Ok, hari ni  Cik Rose mungkin sibuk sedikit. Pagi ni akan ada Audit Dalaman EKSA oleh jawatankuasa audit di sini. Sebabnya Selasa ni akan ada Audit EKSA dari JB. Oh EKSA. Blog EKSA Cik Rose tak updated lagi ni. Relax....relax...Cik Rose. Tiap kali nak audit, mesti berdebar-debar! Hahaha. Padahal audit tu nanti kejap je. Persediaan dia tu yang lama. Mengemas dan sebagainya. Alhamdulillah. Semua rakan sekerja sibuk Khamis lepas. Kitorang ada gotong royong perdana Khamis lepas, 16 hb Februari. Cik Rose maintain berbaju kurung gotong royong. Kah kah!. Yang penting semangat. 

Petang nanti pula ada mesyuarat BAKISKA. Badan Kebajikan Islam Kastam. Mesyuarat Agung Tahunan. Insyaallah Cik Rose akan menghadirkan diri. Dengarnya ada cabutan bertuah. Ehhh ni yang excited ni! Barangan elektrik pulak tu. Aih kalaulah boleh pilih. Nak coffee maker atau periuk nasi. Amboi demand lah Cik Rose ni. Dapat apa pun Cik Rose bersyukur dari tak dapat apa kan. 

Kat sini Cik Rose kongsikan doa kemudahan semua urusan. Jom sama-sama kita baca dan amalkan. Moga dipermudahkan urusan kita hari ni dan seterusnya. Moga bermanfaat untuk semua. Panjang-panjangkanlah doa ini. Kita berkongsi benda yang baik. Insyaallah, doa baik-baik, dan kita lakukam yang terbaik. 



Jumaat nanti pula ada aktiviti hiking ke Bukit Banang, Batu Pahat. Anjuran KESURA. Iaitu kelab sukan jabatan Cik Rose bertugas. Tak dapat melibatkan diri sebabnya, Cik Rose nak balik Kedah. Kenduri kahwin adik ipar di sebelah pihak perempuan. 25 hb ni. Moga dipermudahkan. Cik Rose akan balik naik  bas.

Oklah, berhenti di sini dulu. Nak bertolak ke tempat kerja. Sehingga berjumpa di entry akan datang.

Positifkan diri. Insyaallah, semuanya baik-baik saja!

Post a Comment

0 Comments