Assalamualaikum.
Minggu lepas, Cik Rose ada beli satu kek keluaran Mightywhite. Kek Lava Coklat Kacang Hazel. Tergoda sebab plastiknya warna purple. Kah! Hashtag mudah tergoda. Taklah tekak ni teringin kek coklat. Masa balik kerja tu singgah kedai runcit. Nampak kek ni, terus ambil. Beli satu je. Nasib tak ikut nafsu. Kalau tak, mahu satu beg plastik agaknya. Ok tipu!
Inilah kejadiannya kek tu :
Kalau tengok cara hidangan kek lava ni yang tertera di plastik tu, kena panaskan dalam microwave lebih kurang 10 atau 20 saat. Maaf, Cik Rose lupa berapa saat secara tepat. Tapi, antara 10 ke 20 saat gitulah. Memandangkan Cik Rose tak ada microwave, maka Cik Rose tak dapatlah menikmati lava dari kek tu. Ala boleh je letak kek tu tepi cawan air kopi panas! Hihi. Contoh je air kopi tu.
Dalam plastik tu dah ada satu sudu comel. So senanglah. Cik Rose makan habis satu kek tu. Cuma, tak dapatlah menikmati lelehan lava coklat tu. Coklat tu duduk elok je kat tengah kek tu sebab tak panas kan.
Pendapat Cik Rose, rasanya biasa-biasa je. Tak membuatkan Cik Rose rasa nak tambah atau nak beli lagi. Tapi, sepupu Cik Rose suka kek ni. Dia kata sedap.
Iyalah kita kan berbeza-beza. Ada yang suka, ada yang tak gemar. Raikan perbezaan tu. Jangan tak terima pulak pendapat orang lain. Itu yang Cik Rose selalu tekankan. Janganlah merendah-rendahkan pandangan dan citarasa orang lain. Kita tak sama. Pandangan kita juga berbeza. Cik Rose kecewa dengan sesetengah individu yang ada sifat 'nak menang' je. Maksudnya apa yang dia cakap semua betul. Apa yang orang lain cakap semua tak betul.
Janganlah macam tu. Cuba belajar untuk menerima. Kadang-kadang pendapat orang lain tu lebih bernas kan. Kalau tak dapat nak terima pun janganlah sampai kecam atau memperlekahkan pula. Tak baik kan.
Ha, tujuan entry ni ditulis sebenarnya sebab Cik Rose nak tekankan tentang perbezaan pendapat dan pandangan. Cik Rose cuma berkias dengan menceritakan tentang kek lava tu dulu. Dimana pada selera Cik Rose biasa- biasa dan pada sepupu Cik Rose pula sedap. Sebab tu kita ada banyak pilihan. Contoh warna. Ada yang suka merah. Ada pula yang tengok biru lebih cantik. Macam tu jugak dengan kedai makan. Ada yang suka makan di kedai Aliff dan ada yang suka makanan di kedai Kak Leha. Kita semua ada citarasa tersendiri. Tak semua sama.
Dalam banyak hal, Cik Rose lihat ramai yang suka label melabel orang. Cik Rose rimas dengan suasana begitu. Lagi satu janganlah terlalu racist. Tak salah untuk ada rasa patriotik dalam diri cuma jangan sampai menghancurkan ikatan yang terjalin.
Apa yang Cik Rose tulis ni sebagai satu ingatan untuk diri Cik Rose sendiri.
Moga bermanfaat.
3 Comments
Yup..menghormati biarpun pandangan kecil..
ReplyDeleteBiasalah orang hikhik
ReplyDeleteyup..kebanyakkan bersifat mcm tu. mmg merimaskan. lagi2 klu org tu nak menang je.hurm. kdg2 mls layan.biarkan aje.oh ye.. saya di sg buloh. jauh pulak klu berminat nak kan cendawan Mekah tu.
ReplyDelete