Monday, August 21, 2017

PLAN TAK JADI : Percutian Bulan Madu bertukar dengan Balik Kampung

Assalamualaikum. Bertemu lagi hari ni, 21 Ogos 2017 iaitu hari Isnin. Ha, siap bagi tarikh dan hari. Hari ni baru naik kerja. Setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah, Mr Army dapat cuti seminggu setelah bermacam-macam dugaan. Hah! Cuti yang ada, dimanfaatkan sebaiknya, Rancangan asal nak jalan-jalan berdua terpaksa ditukar. Balik kampung kedua-dua belah pihak lagi best rasanya. Dapat melepaskan rindu pada keluarga masing-masing. Kesian dengan suami dah hampir 4 bulan tak jumpa keluarga. Itu yang kami buat keputusan balik Merbok (kampung Cik Rose ) dan Jitra (kampung suami). 

Pada hari Ahad, sehari sebelum nak balik kampung, sempat ke Johor Bahru. Saja bawa adik dan anak sedara Cik Rose jalan-jalan bandar JB. Singgah makan di ZZ Sup Tulang. Menu pilihan adalah Chicken Chop, Lamb Chop. dan Nasi Putih + Ayam Goreng Kunyit. Alhamdulillah, kenyang. 



Setelah kenyang menjamu selera, kami ke Istana Bukit Serene berdekatan dengan Danga Bay. Bawa anak sedara beriadah di situ. Main-main kat situ. Ada dijual pistol belon tu. Syokla budak-budak kan. Dengan Cik Rose sekali dok main! Ha ha ha. Aktiviti utama kitorang kat situ, sudah semestinya ambil gambar. hikhik.



Memulakan perjalanan pada hari Isnin minggu lepas, kira-kira jam 11 pagi dari Batu Pahat. Balik kampung waktu siang amat mencabar emosi Cik Rose. Nak tahu sebabnya? Panas dan jalan sesak. Jalan sesak bukan kerana musim cuti atau perayaan, tetapi kerana ada orang buat jalan di lebuhraya. Lorong ditutup dan tinggal satu lorong jer. Huhu! Memang membebel je Cik Rose dalam kereta masa tu. Hihi. Sabar jelah suami mendengar. Cik Rose ni over, mengalahkan orang yang memandu. 

Singgah sebentar di R&R Dengkil untuk mengisi perut yang kosong ni. Tapi, tak berapa menyelerakan pula. Maka, Cik Rose makan sosej dan fresh oren sahaja. Kongsi dengan anak sedara, Arif. 



Kemudian, singgah pula di R&R Rawang, beli kopi di Starbucks. Sajelah beli, nak rasa. Sebab jarang beli kan. Pilihan Cik Rose Dark Mocha dan suami pula Hot Capuchino. Nyum nyum.


Sampai di Merbok lebih kurang pukul 7.30 malam. Alhamdulillah. 

Keesokkannya, bawak mak makan di DQ Restoran di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani. Sedap-sedap pilihan makanan yang ada. Cik Rose memilik Mee Hailam. Sedikit terkejut pada awalnya sebab kuahnya warna putih. Cik Rose selalu makan yang kuahnya warna hitam. Apapun, sedap mee hailam tersebut. Mak Cik Rose pula memilih mee bandung. Suami, Chicken Chop dan kami order juga beberapa menu untuk ahli keluarga yang tak ikut. 


Mee Hailam

Mee Bandung


Aktiviti di kampung, memasak bersama keluarga. hihi. Cik Rose masak Ikan siakap 3 Rasa dan adik Cik Rose pulak masak Daging Masak Hitam. Nyum nyum sedap. Daging masak hitam tu memang feveret Cik Rose. Nak kena belajar resepi rahsia dia ni. Menu tu jugak yang menjadi pilihan para pelanggan catering dia. Sedap! Masa pi pasar tu, nampak ada ikan cermin. Mak cakap lama tak makan. Tu yang beli. Balik rumah, goreng. Makan panas-panas memang sedaplah kan.


Setelah dua hari di Merbok, terus bergerak ke Jitra. Sempat pergi Taman Tasik Darul Aman, suami nak joging pula. hihi. Cik Rose? Bergambar je sebab tak bawa kasut sukan pun balik kampung. Alasan baik punya ni. hihihi.



Aktiviti yang menyeronokkan masa di kampung hari tu adalah mengail! Tapi, kami tak sebut mengail tu mengail,. Kami sebut 'menga-e". Eh macam mana nak eja ni. hihi. Kami pergi 3 biji motor. Cik Rose dan suami, adik ipar berdua dan ayah mertua. Seronok Cik Rose. Mengail di sawah padi. Ramai orang  yang mengail tau. Bukan je lelaki. Kat Kedah, makcik-makcik pun ramai! Alhamdulillah, kami dapat ikan haruan dan ikan puyu. Rezeki.



Keesokkannya terus Cik Rose demam. Mungkin sebab berjemur tengah panas lama sangat kot masa mengail. Maklumlah dari pukul 4 petang hingga 7 malam. Cuaca pulak tengah panas membahang masa tu. Dengan migrainnya lagi. Aduhai, tak tahan rasanya masa tu.

Hari Sabtu, kami bergerak balik ke Johor. Alhamdulillah, percutian singkat yang bermakna. Terima kasih Mr Army.

Tiada yang lebih manis dan membahagiakan selain dapat melihat wajah-wajah orang yang kita sayang iaitu wajah mak dan ayah. 


2 comments:

  1. jnji bersama cik abg ke mana pun seronok je, balik kg pun seronok jumpa family kan

    ReplyDelete