Review Nano White Fresh | Aqua Sleeping Essence



Review Nano White Fresh | Aqua Sleeping Essence. Assalamualaikum. Kali ni Cik Rose nak bercerita tentang satu produk iaitu Aqua Sleeping Essence dari Nano White Fresh. Ini adalah review peribadi ya. Tidak berbayar. Sebaliknya Cik Rose yang bayar. Hihi.


Mula-mula Cik Rose tak tahu langsung kewujudan jenama ni tau. Asalnya Cik Rose ke Kluang, ikut suami ada urusan. Jalan-jalan dalam satu pasaraya di sana. Masuk Watsons, tujuan nak beli mask yang jenis peel off tu. Sebab dah ada yang jenis mask(topeng) kan. Sajalah nak cuba yang jenis peel off pula. Macam best je tengok review yang pakai, lepas tu tanggalkan bila dah kering. Teringin juga nak mencuba. Nak kulit cantik!

Tengah dok belek-belek nak pilih tu, ada seorang pembantu jualan menghampiri Cik Rose. Bertanyakan nak cari apa. Makanya Cik Rose terus bagitahu yang Cik Rose nak cari mask yang jenis peel off. Cik Rose dah jumpa dah sebenarnya. Tengah nak pilih jenisnya sahaja. Ada beberapa pilihan. Di entry akan datang Cik Rose cerita apakah ia. Hikhik. 

Dalam pada nak pilih tu, dia cadangkan Cik Rose guna Aqua Sleeping Essence ni. Dia kata ramai yang beli. Produk ni bagus. Amalkan pakai setiap malam sebelum tidur, bila bangun pagi muka bersih je. Kalau pakai hari-hari lagi banyak kelebihannya. Cik Rose dengar tekun je. Cik Rose siap pegang kotaknya, belek-belek packagingnya. Sambil tu, dia bagi cuba. Cik Rose apalagi kan, ambil sikit usap kat tangan. Semua benda nak cuba kat tangan Cik Rose ni. Hihi. Bila pakai tu, sejuk he rasa. (Ke sebab aircond dalam watsons tu? Hihi). Dia jenis gel. Macam best je ni. Emmm macam tergoda je! Cik Rose pun ambil satu, letak dalam bakul kecil Watsons tu kan. Jalan-jalan lagi, ade je benda yang dicapai masa tu. Dua tiga jenis barang jugakla. Mask yang jenis peel off tu tak ambil pun. 

Nak dijadikan cerita, masa beratur tu kan Cik Rose jadi serba salah pulak. Nak ke tak nak ni. Mata cakap teruskan je beli. Best! Tapi hati ni dok teringat tujuan asal. Emmm macam mana ya. Nak tahu pilihan Cik Rose? Cik Rose boleh pi letak balik. Hikhik. Bayar barang yang lain je. Aduhai. Hihi.


Cik Rose keluar dari Watsons, jalan-jalan lagi. Nampak Guardian pulak. Masuk terus ambil mask peel off tu. Terus ke kaunter dan bayar. Ha kan senang. Terus balik dengan hati yang riang sebab dapat beli apa yang dihajati. 

Lepas beberapa hari, Cik Rose layari Instagram, ternampak sponsor post Nano White Fresh. Hati berdetik. Eh nilah yang aku letak tu. Bila baca review, ramai yang cakap best. Berkesan. Tak jadikan kulit berminyak. Ada yang cakap kulit dia fresh lepas amalkan. Ada yang cakap tak de jerawat lah. Eh rupanya produk ni dah lama di pasaran, Cik Rose je yang tak tahu! 

Tanpa membuang masa, Cik Rose beli di Watsons berdekatan. Excited bukan main lagi! Ta sabar nak cuba. Tadaaaa...


Cantiklah packagingnya. Aqua Sleeping Essence with red seaweed, sodium hyaluronate, tea tree oil, sea algae and vitamin C. Sesuai untuk semua jenis kulit walaupun untuk kulit berminyak. Menjadikan wajah kita fresh dan semakin cerah! I like it! 

Tengoklaah ni. Dia bukan jenis krim ya. Jenis gel. Best!  


Review : Mula-mula Cik Rose displin pakai hari-hari dalam minggu pertama. Pakai sebelum tidur. Apa yang Cik Rose dapati, kulit wajah jadi lembut keesokkan paginya. Kulit Cik Rose tak berminyak tau. Masa pakai malam sebelum nak tidur tu, rasa nyaman je. Sejuk je. Korang pakai agak-agak tau. Janganlah banyak sangat. Bersederhana konsepnya. Tapi, serius best tau Aqua Sleeping Mask ni. Berbaloilah Cik Rose beli. Jerawat pun malu nak tumbuh. Hihi.  Harga? Tak ingat berapa harganya. Tapi, jangan risau.. masih berpatutan. Dalam Rm20 -Rm30. Bergantung pada offer semasa. Bekasnya besar juga, tahan lama. Sekarang ni Cik Rose pakai selang-selang. Maklumlah sejak ada masker kunyit ni kan. Rajin bermasker pula. 

Apapun yang kita pakai/ amalkan, kuncinya adalah displin. Kalau tak displin macam mana nak dapat kesannya kan. 

Korang pernah pakai tak? Sesuai tak dengan kulit korang?. Jom share dengan Cik Rose ya. 

Post a Comment

5 Comments

  1. menarik la kaler dye.... suke suke suke

    hi jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. Baru tadi pergi watson. Hehe..nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  3. Comelnya ilustrasi kat kotak dia tu, hehe

    ReplyDelete
  4. Produk ni memang rasa berangin sikit ke kalo pakai tu.?

    ReplyDelete
  5. Mmg rasa berangin sejuk ke mula2 pki tu? Sbb sye rse berangin time tu . Mmg normal ke?

    ReplyDelete