Assalamualaikum. Malam-malam gini, nak updated tentang berita gembira. Cerita pernikahan Fattah Amin dan Fazura. Cik Rose lambat pula updated, maklumlah busy sikit minggu ni. Cuti katakan. Lagipun hati sarat dengan pelbagai perasaan minggu ni. Oklah, back to the story, kisah #fattzura . Hashtag jangan lupa uols.
Berita pertunangan #fattzura pun dah membuat Cik Rose terkejut, inikan pula cerita pernikahan. Alhamdulillah, selamat dah semuanya. Cik Rose tumpang gembira. Sama cantik sama padan.
Hashtag fattzura bermula apabila mereka digandingkan dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Hero Seorang Cinderella. Rupanya kisah ini bukan fantasi uols... Realiti!
Cik Rose share juga gambar mereka di sini ya. Buat kenang-kenangan.
Pengantin lelaki, Fattah Amin. Cik Rose ni baru tahu umurnya 27 tahun. Hihi.
Ini pula gambar yang paling Cik Rose suka. Terserlah keayuan Fazura. Berseri-seri.
Gambar bersama, Cik Rose pilih yang ini. Untuk yang lain, korang boleh tengok di instagram milik mereka. Ada video juga. Aihhhh sweet like candy! Cik Rose suka padanan warna pelamin belakang tu. Soft...
Ok, lagi satu gambar. Gambar full Fazura dengan jubahnya. Cantik!
Selamat pengantin baru buat Fattah dan Fazura. Moga berbahagia hendaknya dalam melayari alam rumahtangga.
#fattzura
Tiba-tiba Cik Rose teringat kisah 6 tahun lalu. Ada apa 6 tahun lalu? Pernikahan Cik Rose dan Mr Army. Hihihi... nak jugakkkk... Mestilah.. sweet memory. Cik Rose nikah baju warna grey. Masa tu, warna grey tengah in la katakan. Ok. Cukup. Kang tercerita kisah nikah sendiri pulak. Hihi.
0 Comments