Tuesday, April 03, 2018

KFC Zinger Cheezilla Sedap ke?




Assalamualaikum.
KFC mengeluarkan menu baru. Bukanlah baru sangat. Cuma burger Zinger tu di tambah cheese sahaja. Jadi, tercetuslah burger Zinger Cheezilla. 

Terus terang, Cik Rose tak tahu pun menu baru dari KFC ni. 22 Mac lepas, suami Cik Rose bawa balik KFC untuk Cik Rose. Kebetulan hari tu, suami keluar makan dengan kawan-kawan, makan KFC. Jadi, dia belikan snack plate untuk Cik Rose. 

Bila Cik Rose selak plastik, eh ada burger. Cik Rose ambil burger dulu. Nampak kat kotak tertera ‘ KFC Zinger Cheezilla’.


Eh burger apa pula ni. 
‘Big on cheese, big on bite’
Wahhhh kotaknya pun cantik. Kuning hitam lagi tu. 


Sejujurnya Cik Rose tak tahu yang bawah kepingan ayam tu adalah cheese. Cik Rose buka burger tu, ada dua keping. Yang Cik Rose ni dok ingat dua keping ayam lah dalam tu. Amboi tebalnya burger ni. Bisik dalam hati. Hikhik.


Cik Rose pun bukalah kan. Jeng jeng jeng.  Tak sabar nak makan. Letak sos sikit, terus ngap. Eh eh bukan ayam yang bahagian bawah tu. Apa tu ek. Gigitan pertama masih tak tahu yang itu adalah cheese. 




Dah beberapa gigitan baru tahu itu cheese. Emmm tak berapa kena dengan tekak Cik Rose. Mungkin sebab makan di rumah, dah tak panas kan. Cheese ni kena makan panas-panas , baru jadi macam dalam iklan tu kan.. Panjang ke cheese tu bila di gigit. 

Mungkin juga Cik Rose bukanlah penggemar cheese. Maka, untuk ulang malam tu, tidaklah. Harganya boleh tahan mahal juga bagi Cik Rose. 

Apapun, baik burger Zinger Cheezilla ni ataupun Zinger biasa tu, memang kena makan panas-panas. Kalau dah sejuk, susah nak gigit, keras. Hihi.


Ini selera Cik Rose sahaja. Korang cubalah dulu. Mana tahu, kena dengan tekak korang. 
Kita ni kan berbeza-beza. Mungkin tak kena dengan selera Cik Rose jer. 

Selepas beberapa hari, baru Cik Rose nampak iklan burger ni dan perkongsian dari rakan-rakan facebook. Masa tu Cik Rose baru tahu dan cakap dalam hati... ‘laaa, ni lah burger aku makan hari tu’. Hahahha.


1 comment:

  1. bg akak oklah sbb ayam dia yg tebal tu, juici... cuma cheese tu klu dpt yg msh lg hangat2 sdp,... klu dh sejuk kureng skit

    ReplyDelete