RESEPI KARI IKAN MERAH YANG PALING MUDAH UNTUK BERBUKA PUASA



RESEPI KARI IKAN MERAH YANG PALING MUDAH UNTUK BERBUKA PUASA. Assalamualaikum. Wahh tajuk untuk berbuka puasa tu. Iyalah tak lama je lagi bulan Ramadhan bakal tiba. Bila sebut nak puasa, dok fikir menu berbuka kan. hihi.

ada yang suka beli di bazar Ramadhan kerana kekangan masa. Maklumlah berkerja, balik dah pukul 6 petang, macma tak sempat nak bersilat di dapur. Eh jangan risau. Sebenarnya da je resepi yan gmudah untuk kita sediakan. Tipsnya adalah sediakan bahan-bahan siap-siap. Balik petang tu tinggal kita menumis jer. 

Ok, kali ni Cik Rose nak kongsikan resepi kari ikan merah yang paling mudah nak disediakan untuk juadah berbuka. Suka Cik Rose ingatkan, lain orang, lain caranya. Dan resepi kari pun ada bermacam versi. Yang Cik Ros enak kongsikan ni adalah versi yang simple sangat. Tak perlu rempah ratus bagai, guna apa yang ada je. hihi. Santan pun santan kotak. Jangan nak bagi alasan susah nak dapat kelapa untuk dibuat santan. hihi.


Hari Selasa lepas, kisahnya bermula. Cik Rose balik rumah dah pukul 1 tenghari lebih sikit. Dok fikir nak masak apa. Tu yang terjadinya idea nak masak kari ikan. Ala, yang simple je memandangkan ikan merah ada 2 potong jer. hihi.

Dan guna bahan apa yang ada jer di dapur. So, inilah dia bahan-bahannya. Ada yang tak ada dalam gambar ya. hihi. 
Tak tahu kenapa, Cik Rose kalau masak memang suka guna bawang besar. 


BAHAN-BAHAN UNTUK KARI IKAN MERAH

2 potong ikan merah - saiz sederhana
5 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
3 sudu serbuk kari ikan
Satu sudu serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
2 biji tomato - dibelah 4
5 biji kacang bendi
3 biji cili hijau/ merah besar - dihiris
Santan kotak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
   4 helai daun kari


CARA-CARA MASAK KARI IKAN MERAH
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris, daun kari  sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.
  • Kemudian masukkan serbuk kari ikan, kunyit dan serbuk cili dan air secukupnya.
  • Kacau rata dan didihkan.
  • Apabila telah mendidih, barulah dimasukkan ikan merah.
  • Biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan tomato, bendi, cili hijau/merah dan perasakan dengan garam.
  • Akhir sekali, masukkan santan. (Agak-agak je ye banyak mana).. Cik Rose memang suka masuk santan last sekali. 
  • Kacau perlahan hingga mendidih.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau nak letak air asam jawa pun boleh. Macam Cik Rose dah letak air limau.


Tadaa, dah siap. Senang kan. Resepi yang paling mudah dan senang nak disediakan. Tapi, ini ikut tekak Cik Rose lah. Makan dengan nasi panas-panas, letak kicap atau sambal belacan sikit, emm bertambah-tambahlah nanti. hihi. 


Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. nak kna umah cik rose ni rasa, tgk gamabr sj xbest..hihi

    ReplyDelete