Tarikh Akhir Pos Laju Untuk Serahan Sebelum Hari Raya

Assalamualaikum.

Mesti semua tertanya-tanya tentang tarikh akhir untuk poslaju kalau nak barang sampai sebelum raya kan. 

Maklumlah sekarang semua orang lebih suka berbelanja secara online. Bukan sahaja barangan, malah makanan juga kan. 

Cik Rose sendiri beli coklat Ferrero Rocher dekat Shopee. Hahahh. Korang jangan gelak. Betul Cik Rose beli. Sebab lagi murah! Dekat pasaraya mahal bebenor. Dekat shopee murah, tambah pula free postage. Apalagi, kan. Terus beli!


Ok berbalik tujuan asal menulis entry ini. 

Cik Rose nak maklumkan yang tarikh akhir untuk menggunakan poslaju adalah pada sebelum 9 Jun 2018, jika korang nak barangan tu sampai sebelum raya!


Kalau korang pos selepas 9 Jun 2018, maka barangan korang akan dihantar selepas hari raya. 

Jangan cakap Cik Rose tak beritahu pula. Hihihi.

Tapi, kaunter tetap dibuka sehingga 14 Jun 2018. Jangan risau. Cuma tarikh penghantaran tu memang lepas raya ya. 


Post a Comment

3 Comments

  1. haah betoi la dah nk raya kan... lupa pulak pasai pos

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  3. haaa cepat2 yg nak online shopping semua kena lajuuu sket hehe.. abam abam posmen nak cutiii jugak..

    ReplyDelete