Assalamualaikum. Selamat malam!
Don’t compare yourself to anyone. There’s something unique, special, and different about you that only you can offer the world. Nobody can be you. Let that part of you shine.
Kita berbeza
Perbezaan itulah yang menjadikan kita istimewa. Tiada istilah aku hebat dari kau. Kau hebat sangat. Jangan pernah merasa diri kita hebat.
Kita miliki kelebihan yang berlainan. Ada orang pandai memasak. Ada pula handal menjahit. Ada pula berkelebihan dalam bidang pertanian. Haa tu baru contoh tau. Ada banyak lagi kan kelebihan seseorang.
Jadi diri sendiri
Usah terlalu memaksa diri untuk menjadi orang lain. Tak salah kita berusaha dan menjadikan seseorang sebagai sumber rujukan untuk kita terus maju. Namun jangan sampai merosak diri. Jangan sampai menyiksa diri.
Raikan perbezaan.
Ya, sentiasa berlapang dada dan bersikap positif. Alhamdulillah, Cik Rose dikelilingi orang-orang yang positif. Bila orang lain positif, secara tak langsung kita juga akan bersikap positif. Jangan pula kita memberikan aura negatif pada orang lain.
Lakukan apa sahaja yang kita suka, yang kita minat. Itulah yang akan membuahkan hasil dan menggembirakan hati kita. Jangan stress-stress uols!
2 Comments
stuju.. raikan perbezaan... always think positive..
ReplyDeletebetul.. ada hikmah lebih dan kurangnya diri kita..
ReplyDelete