Nasi Viral | Senangnya Masak Nasi, Periuk Dah Tak Melekat dan Berkerak dah!

Nasi Viral | Senangnya Masak Nasi, Periuk Dah Tak Melekat dan Berkerak dah!. Assalamualaikum. Nasi Viral atau Nasi Cawan. Mesti ramai yang dah tahu kan. Dan ramai juga yang dah mencuba. 


Cik Rose sendiri pernah nampak beberapa orang teman kongsikan hasilnya di instagram dan facebook. Eh macam menarik jer. 

Cara masak Nasi Viral / Nasi Cawan

Basuh beras macam biasa. Letakkan dalam cawan. Korang boleh letakkan dalam mug seramik atau cawan kaca. Kuantitinya macam mana? Contoh, kalau letak beras separuh, lepas tu isi air sampai penuh mug/ cawan tu. Dalam masa yang sama, isi juga air dalam periuk elektrik. Kemudian masukkan cawan daam periuk tu. Tekan suis macam biasa. Biarkan. Bila bunyi ting! Haaa nasi dah masak uols.

Contohnya macam gambar kat bawah ni. Ni nasi yang Cik Rose masak ya. Tudung tau periuk tu. Ni Cik Rose nak ambil gambar, jadi bukalah kejap kan.


Bila dah masak, bolehlah keluarkan. Hati-hati ya, cawan tu panas. Nampak nasi naik ke atas kan? Elok je terletak. Tak jatuh pun. 


Tadaa... terbalikkan dalam pinggan. Tengoklah bentuknya tu, elok jer. 


Kenapa nak masak nasi guna cara ni?

Ok, caara ni sangat mudah dan praktikal kalau kita nak masak nasi dalam kuantiti sedikit. Contohnya untuk seorang atau dua orang yang makan. Nak masak nasi cara biasa tu boleh jer. Tapi, rugilahkan. Kita masak sedikit, nanti melekat dekat periuk tau kalau masak sikit-sikit ni. Lepas tu nak basuh tu seksa. Nak kena rendam dulu periuknya. 

Jadi, buat apa pening kepala memikirkan. Guna je cara ni. Hihi.

Cik Rose dah tengok lama dah kengkawan kongsi, tapi tak cuba-cuba lagi. Semalam baru berpeuang nak cuba. Tiba-tiba teringat. Eh menjadi! 

Lepas ni bolehla masak nasi berperisa pula. Nyum nyum. 

Mudahnya kerja di dapur semudah A B C ! Hihi.

21 comments:

  1. Dah buat macam ni jugak semenjak tau ni. Nasi dah tak banyak terbuang dah... :)

    ReplyDelete
  2. hari tu housemate saya try buat, tapi lama gilaaaaa nasi tu nak masak...rupanya sebab dia buh air dalam periuk tu banyak sangat..lambat nak mendidih..ahahaha

    ReplyDelete
  3. xpernah cuba lg...menarik kan, nasi xterbazir...

    ReplyDelete
  4. Xpernah cuba tapi ramai share da buat kan. Jimat masa dan x berkerak periuk kita.

    ReplyDelete
  5. senangnyaa nak masak nasi hehe follow sini #1148

    http://sayesyadiya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Ramainya yang buat tapi saya ramai yang rumah tu tak boleh masak macam ni nanti tak cukup

    ReplyDelete
  7. Kalau sorang dua je makan ok la buat gini..Kalau yang nak makan ramai jenuh jugak..kan??macam rumah akak tak boleh buat gini...hhahaha..masing2 makan banyak..

    ReplyDelete
  8. Iols skrg ni masak nasi perang dlm cawan..msk sekali ngan nasi putih

    ReplyDelete
  9. Banyak jgk org share.. Nak try nanti.. Skg ni kt rumah mmg ramai org sbb abg ipar n ank buah duk sekali

    ReplyDelete
  10. bagus cara ni kak ros... Bole buat klo tgl sorg husband g kursus nnti..hehe

    ReplyDelete
  11. Ni mmg jimat kalau utk mkn sorang dua buat mcm ni. Jimat beras, sbb tak melekat di periuk. Boleh jugak tips nak diet ni.. Hihi..

    ReplyDelete
  12. Bagusnya idea, boleb jimat dan x membazir,lepas ni xda dh rasa syg tgk kerak nasi yg kembmg dlm periuk

    ReplyDelete
  13. Bagusnya idea, boleb jimat dan x membazir,lepas ni xda dh rasa syg tgk kerak nasi yg kembmg dlm periuk

    ReplyDelete
  14. Sally belum teringin nak cuba sbb kat rumah ade 3 org, tak cukup satu cawan..hahaha..plus rice cooker Sally mmg jenis tak melekat..hiihi

    ReplyDelete
  15. Memang betul jimat dan praktikal.kalau sorang sorang boleh buat cara rose ni

    ReplyDelete
  16. CT tunjuk kat mak hahaha dia pun excited nak cuba nanti =D

    ReplyDelete
  17. Ooo..baru tau pasal ni..betul masalah bila nasi melekat..membazir je rasanya

    ReplyDelete
  18. Oh good idea, nanti i try and it looks good macam nasi kat restoran.

    ReplyDelete
  19. Senang kan masak mcm ni. Ala ala nasi kukus gitu kan..
    Kalau bulan puasa ni berbaloi buat tuk ank2 kan.

    ReplyDelete
  20. Menarik idea ni.mesti best klau nk masak nasi/ bubur tuk baby mesti ok jgk cara ni kn?

    ReplyDelete
  21. Kak liez pun buqt mcm ni bila masak broqn rice.. senang nak sukat dan 2 in 1 keejanya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.