Thursday, December 20, 2018

AMALKAN DOA MURAH REZEKI SETIAP HARI

AMALKAN DOA MURAH REZEKI SETIAP HARI. Assalamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar semua? Moga berada dalam keadaan yang baik hendaknya. 

Ada ahli keluarga Cik Rose yang diuji dnegan masalah kesihatan. Ada juga teman-teman yang sedang bertarungn melawan kesakitan. Moga diberian kesembuhan buat semua. 

Pagi ni, Cik Rose nak kongsikan satu doa buat semua. Doa Murah Rezeki. Jom sama-sama kita amalkan. Jadikan malam harian. 


Moga bermanfaat buat semua. 

Doa dan usaha kita seiring. Insyaallah, beroleh hasilnya. 

Cik Rose sertakan beberapa langkah dan cara untuk menjemput rezeki :

1) Mengutamakan solat
Solat adalah tiang agama. Solatlah di awal waktu. Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus
2) Solat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki sama ada berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuaya boleh dibuka dengan kunci ini
3) Solat Dhuha
Firman Allah dalam satu hadis qudsi bermaksud:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku ( Allah) akan mengcukupkan pada akhir harimu itu ( Riwayat Abu Dawud)
Solat yang dimaksudkan adalah Solat Dhuha.
4) Zikrullah
Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga dicintai Allah. 
 Antara kelebihan berzikir menurut kitab khusus berjudul al-Waabilussoyyib adalah;
  • Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
  • Zikir menyebabkan Allah redha
  • Menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
  • Menguatkan hati dan badan
5) Doa
Berdoalah kepada Allah. 

4 comments: