SEMI FINAL PERTAMA MALAYSIA SERI TANPA JARINGAN MENENTANG THAILAND

SEMI FINAL PERTAMA MALAYSIA SERI TANPA JARINGAN MENENTANG THAILAND. Assalamualaikum. Malam tadi, berlangsung separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Ada yang ke Stadium ke malam tadi? Wah mesti seronok dan bersemangat kan. Kalau tengok bola di stadium, feel dia lain sikit tau. 

Tiket bola untuk perlawanan malam tadi pun, awal-awal dah dikhabarkan sold out. Amboi korang, tak lepaskan peluang ya!

Cik Rose tengok di rumah jer. Tetap bersemangat jugak walau di rumah. Riuh semacam. 

Sedikit kecewa dengan keputusan malam tadi. Malaysia seri tanpa jaringan. 



Kalau diikutkan, perlawan memang rancak.. Kita menyerang bertubi-tubi, tapi tak ada penyudah. Tersasar tinggi. Hampa rasanya bila bola dah cantik ke gawang, tapi sepakan tinggi pula. Apapun, para pemain memang bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh. Tahniah !

Malaysia mendominasikan perlawanan dan memiliki sekurang-kurangnya empat peluang keemasan pada separuh masa pertama dan lima babak kedua menceritakan situasi sebenar jentera serangan tuan rumah yang tumpul. - SINAR HARIAN 

Tak apa, kita masih ada peluang. Malaysia bakal berkunjung di Stadium Rajamangala, Rabu ini untuk aksi timbal balik yang akan menentukan pasukan layak beraksi di pentas akhir.

Moga ada rezeki untuk kita ke final. Jomlah kita bagi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk pasukan kita. Malaysia Boleh! 

Sekalung tahniah buat para pemain, pasukan, dan jurulatih Malaysia. Suka menyatukan kita semua kan :) 


No comments:

Powered by Blogger.