SINOPSIS DIA TAK BERDOSA LAKONAN NABILA HUDA DI RTM1

SINOPSIS DIA TAK BERDOSA LAKONAN NABILA HUDA DI RTM1.



Ada yang menonton drama Dia Tak Berdosa sebentar tadi? Lakonan Nabila Huda, Fezrul Khan , Wan Norazlin dan beberapa pelakon lain. 

Cik Rose tengok. Dari awal hingga akhir. Apa yang boleh Cik Rose katakan, drama ni sarat dengan pengajaran. Juga cerminan sikap segelintir masyarakat. Ianya realiti. Benar, ia terjadi. 

Sebelum Cik Rose bercerita dengan lebih panjang, Cik Rose sertakan sinopsisnya terlebih dahulu.



SINOPSIS DIA TAK BERDOSA
Laila yang mengandung telah dihalau dan dibuang oleh keluarganya hanya kerana ibubapanya tidak pernah berjumpa malah tidak tahu tentang kewujudan Hisyam, suami Laila. Karim muncul di saat Laila dalam kesusahan, sikap prihatin Karim menyebabkan Laila percaya kepadanya. Siapa Hisyam, siapa pula Karim? Berjayakah Kak Ina mencari keluarga sebenar Laila? Apa pula status Aishah?


PELAKON : Nabila Huda, Fezrul Khan, Raja Afiq, Wan Norazlin, Adik Mia Adriana, Riezman Khuzaimi, Emma Akma, Khairil Anuar, Azizah Adnan, Ewal AF



Pada awal cerita, telah digambarkan Laila (Nabila Huda) dihalau oleh mak ayahnya sendiri. Laila sedang mengandung waktu tu. Mak ayahnya menganggap Laila mengandung tanpa ada ikatan perkahwinan. 

~Laila berkahwin dengan Hisyam di luar negara. 

Karim, membantu Laila mencari bilik untuk bermalam. Namun, Laila sedar yang dia bakal dijual. Laila melarikan diri. 

Karim berjaya menemui Laila kembali. Lagak Karim yang baik membuatkan Laila berasa selamat. ~watak Karim digambarkan sebagai penagih dan mengedar dadah. 

Kak Ina, tauke warung turut membantu dan menjaga Laila yang sedang mengandung 6 bulan. Setelah Laila bersalin, bermulalah edah Laila. Karim mengajak Laila berkahwin. Namun, Kak Ina menasihatkan Laila supaya berfikir dahulu sebelum setuju bernikah dengan Karim. Laila bertegas yang Karim menyayanginya dan telah berubah. 

Akhirnya, Laila bernikah dengan Karim. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Bermulalah kembali episod kedukaan Laila. 

Laila telah dilacurkan oleh suaminya sendiri. Apalah daya Laila, apabila Karim mengugut menggunakan anaknya sendiri,Aishah. 

Satu hari, Laila berjaya keluar dari bilik sebentar dan meninggalkan pesan buat Kak Ina di warung melalui pesanan bertulis. Kak Ina segera menyelamatkan Laila dan anaknya. Apa yang meruntun hati, Laila bukan sahaja dilacurkan, namun telah diberikan dadah oleh Karim sepanjang perkahwinan mereka. Betapa luluhnya hati Kak Ina saat itu. 

Laila meneruskan kehidupan membesarkan anaknya. Dia berkerja di warung Kak Ina. Karim bertindak membakar rumah Kak Ina. Allah... ujian demi ujian menimpa mereka. Saat ni, Cik Rose dah teresak mengenang ujian mereka. 

Laila berkahwin lagi, Nazri nama suaminya. ~ Entah kenapa Cik Rose macam tertinggal babak ini. 

Laila dipukul oleh orang yang mahu mencari Nazri. Babak di hospital amat memilukan. Saat Aishah melihat ibunya yang telah meninggal dunia. Ya, Laila telah meninggal dunia. 

Saat ini Cik Rose rasakan kejamnya jalan cerita apabila mematikan watak Laila sedemikian rupa. Sedang bekas suaminya Hisyam tak tahu keadaannya. Dan mak ayahnya yang masih tak menerimanya! 

Namun, inilah realitinya kan. Tahniah buat Sheila Rusly (JSpictures) kerana membawa penonton berhadapan dengan dunia realiti. Bukan sekadar cerita  dongengan. 

Di hospital, mak ayah Laila masih ego dan sombong! Tak mengaku Aishah sebagai cucunya. Kak Ina membawa Aishah pulang. 

Keesokannya, di tanah perkuburan, Kak Ina sempat menceritakan hal yang berlaku kepada adik Laila. Adik Laila menyiarkan gambar Aishah di facebook. Ia menyebabkan maknya marah. Dan rakan Hisyam, menceritakan hal sebenar kepadanya.

Hisham amat menyesal kerana ibu bapanya menyorokkan hal sebenar daripada dia. ~ Hisham hilang ingatan setelah terlibat dengan kemalangan, sewaktu dia menyesal dengan tindakannya menceraikan Laila dahulu. 

Hisham pergi berjumpa dengan Kak Ina dan Aishah. Kak Ina menceritakan apa yang telah berlaku. Namun, Hisham meminta masa untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan Aishah adalah anaknya. ~Karim diberitakan meninggal, mayatnya ditemui di Sungai Gombak. 

Satu hari , Aishah merengek mahu ke kedai membeli keropok. Namun , Kak Ina sibuk di warung. Aishah meminta untuk ke kedai terlebih dahulu, dan Kak Ina membenarkannya.

Aishah berlari mahu ke kedai dan saat itulah dia dilanggar .Lebih memilukan, Aishah dilanggar oleh ayahnya sendiri. Akhirnya Aishah juga meninggal dunia. 


~Tahniah buat semua pelakon yang menjayakan drama ini. Watak Kak Ina yang dilakonkan oleh Wan Norazlin juga amat baik. Ketabahan seorang wanita dalam meneruskan kehidupan seorang diri di kota. Dalam masa yang sama turut menjaga Laila dan juga Aishah. 

Sedikit terkilan, hingga akhir cerita, mak ayah Laila tidak digambarkan menyesal dengan perbuatannya. 

Dalam kita menonton dan mengambil iktibar dari drama ini, sebenarnya hal sedemikian ada berlaku dalam masyarakat kita hari ini. 

Setiap watak yang dilakonkan memang dekat dengan diri kita kan. 

Keseluruhan cerita ini, Cik Rose suka. 
Sarat dengan permainan emosi dan air mata. 


Post a Comment

0 Comments