1 Mac | Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 86

1 Mac | Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 86.



Tarikh 1 Mac dekat di jiwa Cik Rose. Kenapa? 1 Mac merupakan hari ulang tahun Tentera Darat. 

Ulang tahun ke 86 bagi tahun 2019. 

"Mereka berjuang bukan kerana apa yang mereka benci di hadapan, tapi kerana untuk melindungi sesuatu yang mereka sayangi di belakang'

Cik Rose pinjam kata-kata di atas dari laman instagram Tentera Darat. Sungguh mendalam maksudnya Cik Rose kira. 

Anak Tentera dan Isteri Tentera.

Tentera memang dekat sungguh di hati Cik Rose. Ayah Cik Rose sendiri kini adalah pesara Tentera. Berkhidmat dalam tentera selama 21 tahun. Macam-macam yang ayah dah lalui. Kami anak-anak hanya dapat melihat penat lelah ayah dalam ketenteraan. Namun, ayahlah yang melalui semua itu. 

Sebab tu, Cik Rose marah benar andai ada yang pertikaikan pekerjaan tentera. Jika ada yang mempersoalkan tugas tentera. Andai tak melaluinya, anda tak berhak untuk mempertikaikannya. 

Please, hormat sedikit. Bukan mahu disanjung. Bukan mahu dipuji. Jauh sekali mahu diangkat setinggi-tingginya. Cukup jika anda menghargainya. 

Tugas harian yang padat. Dengan jadual tugas yang ketat. Arahan kursus. Arahan operasi. Arahan posting. Semua perlu dipatuhi. Cik Rose bangga dengan ayah. Cik Rose tabik tugas ayah. 

Abang Cik Rose, mewarisi minat ayah. Buktinya, abang Cik Rose juga berkhidmat dalam Tentera Darat.  

Jodoh dengan dunia ketenteraan memang panjang. Cik Rose memulakan tugas sebagai penjawat awam pun di Kementerian Pertahanan. Kalau dah jodoh tak ke mana gitu. Dari 2009 hingga 2012.

Cik Rose berkhidmat di Wisma Pertahanan (MINDEF). Pengalaman yang amat berharga dan manis belaka. Di sanalah Cik Rose belajar alam perkerjaan. Alhamdulillah .Syukur dengan apa yang Cik Rose lalui di sana. 

Eh tidak terhenti di situ. Bertemu pasangan hidup, juga seorang anggota tentera. Barulah Cik Rose faham perasaan mak dahulu. Mak yang dah makan garam terlebih dahulu. 


Jika nak senang lenang, bukan ini perkerjaannya. Namun, percayalah ia tugas yang mulia. 

Buat semua anggota tentera, sama ada darat, laut mahupun udara. Berkhidmatlah dengan penuu semangat dan dan berdedikasi. Tugas anda tugas mulia. Tugas yang berat. Tak semua dapat menggalas tugas tersebut. Tahniah anda menjadi salah seorang dari beribu anggota tentera.


Post a Comment

2 Comments

  1. teringat masa cik rose kerja kt mindef dkt tp tak pernah la terjumpa ya...

    cuma isteri ata ahli keluarga tentera je yg paham, org lain tahu kondem je

    ReplyDelete
  2. Terbaek.. semoga dipermudahkan tugas tentera Malaysia..

    ReplyDelete