Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni

Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni.

Assalamualaikum.
Nasi lemak. Antara pilihan ramai orang umtuk bersarapan. Hidangan lengkap. Nasi, sambal ikan bilis, timun, telur dan kacang.

Cil Rose rindukan waktu dulu. Zaman kanak-kanak Cik Rose. Atau lebih tepat, zaman sekolah. 

Beli nasi lemak bungkus, 50 sen. Kalau nak nasi tambah, 60 sen. Sedapnya makan waktu tu. Bungkus dalam plastik dan kertas surat khabar.

Lauknya ringkas. Sambal, telur rebus, timun, kacang dan ikan bilis goreng. Mintak sambal lebih. Aduhai sedapnya. 

Sekarang ni dah meriah. Ada pelbagai pilihan lauk. Semua ada. Ayam, ikan, daging, udamg, sotong dan lain-lain. 

Bukan nak cerita tentang perbezaan harga. Mana boleh bandingkan tahun 1997~ 2000 dengan 2019. Sudah tentu jauh. 

Cuma nak ceritakan nikmat makan tu..Syukurnya dapat beli sebungkus buat bekalan ke sekolah. 


Gambar di atas ni nasi lemak yang Cik Rose beli di sebuah warung baru-baru ni. Nasi lemak ayam. 

Melihat cara pembungkusannya, terus hati Cik Rose teringat kenangan lalu. Rindu! 

Susah nak jumpa dah. 

Ada masanya, kita rindu waktu dulu. Biarkan rasa rindu itu bersarang dalam hati..Usah dihapus. Mana mungkin kita boleh melupakannya. 

Rindu kenangan lalu, tak bermakna kita ingin kembali ke masa lalu. Biarkan...Ia terus mekar dalam ingatan. 


Post a Comment

4 Comments

  1. semuanya tggl kenangn cik rose..harga jauh berbeza..rasa pun ssh nak jumpa yg btl2 sdap macam dlu..:)

    ReplyDelete
  2. akak paling rindu nk mkn nasi lemak or mee grg yg bungkus kt plastik pastu nk mkn gaul2 semuan picit dr hujung dia heheheh... nostalgia zmn 90 an tuh

    ReplyDelete
  3. zaman sekolah dulu banyak lah sekarang susah dah nak jumpa

    ReplyDelete
  4. kalo balik sarawak lak, nasi lemaknya bungkus dalm plastik tu aje...tanpa surat khabar...jadi bole belek2 lauk apa kat dalam..ahahaha

    ReplyDelete