WAJAH LEBIH CANTIK BERSERI DENGAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
Assalamualaikum. Hai.. Wajah yang bersih dan
berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tipulah kalau kata tak nak kan.
Sebagai seorang wanita yang berkerja, selain memiliki wajah yang bersih, Cik
Rose pun nak juga tampil berseri ke tempat kerja. Wahh gitu,. Naluri biasa
seorang wanita lah kan.
Sebelum ke tempat kerja, mestilah nak make up sikit kan. Tapi, bukan mudah nak make
up pagi-pagi. Banyak cabarannya. Masa. Ya, masa selalu mencemburi Cik Rose.
Hihi. Nak bersiap, step by step tu makan masa. Sekali, tengok jam. Eh tak
sempat!
Mana taknya, lepas cuci muka, mesti pakai
toner. Pakai serum, pakai moisturizer, sunscreen. Pakai primer, krim wajah,
foundation, dan step seterusnya. Eh berapa banyak ni. Memang kalut sikit, kalau
terbangun lewat. Alamatnya memang tak make up.
Cik Rose ada Nampak beberapa orang rakan pakai CC Cream dari Hansaegee, iaitu Gold
Nano CC Cream. Emm macam menarik jer. Betul ke best ni? Betul ke wajah Nampak
glowing ni?
HANSAEGEE
NATURE
Hansaegee Nature adalah jenama kecantikan
penjagaan kulit yang ditubuhkan sejak tahun 2011 di Malaysia dan semua produk
Hansaegee Nature adalah 100% buatan asli dari Korea yang menggunakan
bahan-bahan berkualiti dan selamat.
Bila dapat tahu ianya dari Korea. Terus
tersenyum lebar Cik Rose. Nak tahu kenapa? Sebab kebanyakan barangan penjagaan
wajah Cik Rose sekarang ni memang buatan Korea. Kulit Cik Rose dah sesuai
dengan barangan Korea, mungkin kerana terlalu mencintai drama-drama Korea. Eh
tiber.. hihi.
Apa yang menarik, CC Cream ni bebas dari sumber
haiwan , paraben - free , sulfate
- free , dan alcohol-free . Kandungan utama CC Cream ni adalah Mineral Water yang
akan mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga menganjalkan
kulit wajah. Eh menarik ni. Siapa tak nak kulit lebih anjal kan.
Juga mengandungi Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract
berfungsi mengelakkan iritasi kulit dan
juga anti-bakteria. Selain itu, ada juga Nano Gold yang berfungsi melambatkan
kesan penuaan, melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi
kandungan antioxida yang tinggi.
Teruja
tak dengar kandungan CC Cream ni? Part yang paling best bagi Cik Rose, ia
mengandungi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++. Jadi, Cik Rose tak perlu risau
sangat jika perlu melakukan aktiviti luar.
Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
- ·
Mengimbangi
tona kulit secara semulajadi
- ·
Meminimumkan
penampilan pori
- ·
Mencerahkan
kulit
- ·
Sebagai
Makeup Base atau Makeup Primer
- ·
Mencegah
anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
- · Menjadikan wajah kita glowing dan melicinkan kulit.
Tekstur Gold Nano CC Cream dari
Hansaegee Nature
Kalau
korang tengok betul-betul, akan nampak krim ni berwarna putih. Namun, di
dalamnya ada molekul-molekul berwarna coklat/kelabu.
Cc
cream ini juga mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding bb cream. Korang
akan dapat rasakan perbezaan antara cc cream dan bb cream tau. Pakai cc cream
ni, rasa macam tak pakai apa pun. Lagi satu, ia bertindak menyamaratakan tona wajah.
Tengok krim warna putih, mesti korang
takut nak pakai. Sebab bimbang muka jadi putih atau kelihatan kelabu kan. Eh
jangan begitu. Magiknya cc cream ni, ia berubah warna tau. Mula-mula memang
putih, tapi bila korang blend, ia berubah ke warna coklat/ seakan merah jambu.
Bila di ratakan di wajah, ia akan
mengikut tona wajah korang. So, tak adalah jadi kelabu asap kan. Korang boleh
tengok gambar di bawah ni :
Siapa yang ada masalah liang pori terbuka?
Kalau tak pakai based yang betul, pakai make up pun akan nampak tau pori-pori
tu. Tak rata jadinya. Cik Rose sendiri ada masalah tersebut.
Korang boleh tengok perbezaan bila pakai cc
cream ni. menutup liang pori dan cela dan akan nampak lebih licin
dan flawless .
Cara Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Senang sangat. Cuma perlu apply krim di wajah. Guna
jari je uols. Kemudian ratakan dengan lembut di wajah. Korang kenalah belai
wajah sendiri. Jangan tenyeh kuat-kuat. Rosak muka nanti. Hihi. Masa awal
korang sapu, korang nampak kulit akan sedikit cerah. Jangan risau, terus
ratakan di wajah. Ia akan menyamaratakan tona wajah korang dan mengikut warna
kulit korang. So, tak ada masalah muka cerah, tangan gelap kan.
Korang boleh Nampak kan perbezaan di wajah Cik Rose
kalau pakai cc cream dengan yang tak pakai cc cream ni? Nampak lebih flawless
gitu kalau pakai. Nampaknya memang akan Cik Rose bawa ke mana-mana sahaja lepas
ni.
Apa yang buat Cik Rose suka sangat pakai cc cream
ni, ia buatkan wajah tampak berseri dan tidak bercapuk. Itu penting tau.
Sesetengah krim akan membuatkan wajah kita terlalu cerah atau menjadi kelabu
tau. Tapi, jangan risau, ia tak berlaku jika korang pakai cc cream ni. Wajah
akan nampak natural, seolah-olah itulah tona wajah Cik Rose yang sebenar.
Jom tengok video yang sempat Cik Rose hasilkan. Saja
nak tunjuk cara pakai Cc Cream ni, dan juga tunjuk hasilnya:
Kalau korang tak cukup masa, cukup pakai cc cream ni
dan loose powder je. Pun dah nampak cantik. Tapi, untuk yang suka bermake up,
boleh jadikan ia sebagai primer juga. Cik Rose ni sebelum pakai foundation,
akan pakai cc cream ni dulu. Lagi tahan lama make up kita tu tau. Dan kalau
pakai pula eyeshadow, lagi nampak menyerlah. Boleh tengok perbezaannya di bawah
:
Kan Cik Rose cakap yang kalau kita pakai cc cream
ni, wajah nampak lebih fresh, flawless dan glow. Korang jangan pula risau. Ia
tak berminyak tau. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kadang-kadang seram dengan
sesetengah produk yang cakap boleh glowing kan muka. Tapi, akhirnya bukan glow.
Berminyak jadinya. Sedih kan.
Sepanjang tempoh penggunaan Cik Rose, wajah ok jer.
Tak ada alahan atau timbul jerawat kecil. Wajah ik Rose ni kadang-kadang
sensitive juga. Kalau tak sesuai, akan naik jerawat kecil-kecil tu. Ish tu yang
risau nak mencuba produk baru.
Tapi, dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
, wajah Cik Rose ok jer. Tak nampak sebarang masalah. Memang akan jadi bff
lah ni. Hari-hari mesti nak pakai. Hihi.
Korang memang kena cuba. Baru tahu kebaikannya bila
dah cuba sendiri kan. Dan Cik Rose yakin korang pun akan jatuh cinta dengan cc
cream ni. Sekarang ni, hari-hari mesti nak pakai. Sebelum ke tempat kerja,
pakai Cc Cream ni dulu. Tahan lama di wajah. Tak nampak berminyak di wajah.
Don't worry ya.
Selit je dalam beg make up. Saiznya memang
praktikal. Muat je letak dalam handbag korang.
Harga?
RM128 untuk 50ml. Memang berbaloi. Ianya tahan lama.
Sebab cukup jika kita oleskan sedikit sahaja setiap kali pemakaian. Tak perlu
sapu tebal-tebal. Tahan lama tau, dalam 4
hingga 6 bulan Cik Rose rasa. Dengan
harganya yang sedimikian dan kebaikan pada cc cream ni, Cik Rose puas
hatilah.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke :
Hansaegee
Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
19 Comments
Kalau kita lelaki yang dah kulit memang karah ni boleh juga ke nak cantik macam awak hehehehe tapi nak putih jer tak nak jadi gebu wakakakakaka.... jelous tengok orang putih dan cantik...
ReplyDeleteEh ingatkan brand ni ada yang cream dalam botol bulat tu je. Rupanya dieorang ada keluarkan produk lain jugak.
ReplyDeleteWahhh nampak baguslah produk Hansagee cc cream nie. Nampak minimalis dan natural. Pakai make up pon nampak elokk je nanti kan. Patut ramai suka produk nie. Bagus rupanya
ReplyDeleteray nak try tapi tak berani
ReplyDeletemmg berbeza la wajah yang diguna dan yang tidak menggunakannya..nampak muka lebih flawless dan berseri-seri...tapi brand ni not bad kan agak famous jugak hehe
ReplyDeleteMenarik btul krim cc Ni. Pandai blend into our natural skin color
ReplyDeleteRamai betul yek pakai cc cream brand ni.. mesti sgt bagus ni..
ReplyDeleteKita tengok ramai jugak yang dah beli Cc cream ni. Kita bila la nak try ni kan..
ReplyDeleteTengok best je cream ni..
Ramai yang kata helok oas oajai cc cream ni...nak try jugaklah sbb sblm ni try dia pya whtening cream mmg best
ReplyDeleteMemang best pakai cc cream ni. Tak ambil banyak masa nak mekap.. Tonyoh je dah siap.. Lepas tu pakai bedak compact, dan lipstik.. Siap.. Hehehe.. Lagipun tak berminyak.. Bila blend elok je.. Nad punya dahbtibggal sikit..
ReplyDeleteKita punya cc cream dh nak habis dh. Mmg best guna kan.. Natural je kulit kalau pakai
ReplyDeleteTeringin nak cuba yg ni... Best gilaaa nampak efek dia... Sekata je dan tak over sgt
ReplyDeleteXpernah lagi cuba cc cream dia. Faa pernah cuba aqua cream dengan bubble cleanser. Best! Nanti nak cuba ni jugak
ReplyDeletebagus pakai cc cream.. boleh bantu kulit jd lebih natural n makin senang nk makeup (bg yg suka makeup la.. hehe)
ReplyDeletecc cream dari hansaegee nature ni memang favourite tb sampai sekarang.. suka sangat.. hehe
ReplyDeleteSometimes i use BB cream as my base and foundation too
ReplyDeleteMany ppl using this and give good feedback also. Thinking to try it too.
ReplyDeleteOoo, ni la ye rahsia kecantikan dan keayuan selama ni, hehe. Nampak macam best je produk ni. Mungkin sebab tu ramai orang berani try dan jadi pengguna setia
ReplyDeleteOh produk dari Malaysia ya. Ingat tadi produk luar negara. Nampak menarik produk ni.
ReplyDelete