TANDA-TANDA ALAHAN UBAT DAN CARA RAWATANNYA

Assalamualaikum.
Petang ni, Cik Rose ingin berkongsi mengenai tanda-tanda alahan ubat dan cara rawatannya. Oh  ya. Cik Rose bukanlah arif dalam bidang perubatan. Cik Rose berkongsi maklumat dari website Kementerian Kesihatan sendiri. 

Boleh rujuk link di bawah :

Kenapa nak kongsikan mengenai alahan ubatan?
Setiap dari kita berbeza-beza. Suka Cik Rose ingatkan supaya korang tidak memandai-mandai beli ubat tanpa rujuk pada doktor atau yang pakar dalam bidang perubatan. Janganlah terus beli tanpa nasihat doktor. Dan janganlah main makan je ubat ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan anda. Sakit kita tak sama pun kadang-kadang. 
Cik Rose ada terbaca perkongsian rakan fb berkenaan kes salah makan ubat, Alahai, kesiannya, Kesannya, kita yang tanggung tau. 

Ok, berbalik kepada tujuan asal. Macam mana kita nak tahu tanda-tanda yang kita ni mengalami alahan ubat?

Tanda dan Gejala  ALAHAN UBATAN

Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:
  • Terhadap Kulit
    • Campak – seperti ruam
    • Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal
    • Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
    • Erythema multiforme – Bulatan merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
  • Demam
  • Sakit sendi dan otot
  • Bengkak nodus limfa
  • Radang pada buah pinggang
  • Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
  • Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic – Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
    • Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
    • Kesukaran bernafas – Saluran udara tersumbat, terasa ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.
    • Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tiba-tiba akibat peningkatan tekanan darah
    • Degupan jantung tidak sekata
    • Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki
  • Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.


Sebab-Sebab berlakunya alahan ubatan

Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.
Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.
  • Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, atau IgE.
  • Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”.” Histamine adalah contoh sejenis mediator
  • Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.


Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:

Painkillers (analgesics) seperti codeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.
  • Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
  • Ubatan masalah sawan seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)


Faktor Risiko  ALAHAN UBATAN

Faktor risiko bagi alahan ubat:
  • Kecenderungan keturunan untuk mendapat alahan ubat
  • Banyak atau pelbagai ubatan diambil pada waktu yang sama (interaksi ubat-ubatan)
  • Buah pinggang atau hati tidak berfungsi dengan baik
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan sistem imun seperti systemic lupus erythematosis atau HIV


Rawatan ALAHAN UBATAN

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan ambil ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.
Sekiranya anda syak mendapat alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti chlorpheniramine malaete (piriton dan lain-lain) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.

Pencegahan ALAHAN UBATAN

  • Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
  • Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.
  • Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelum ini. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.
  • Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.
  • Anda boleh membawa kad berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka memberi ubat kepada anda.
  • Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.


Terima kasih untuk admin website Kementerian Kesihatan yang sangat membantu dalam pencarian info Cik Rose berkenaan alahan ubat.

Jangan sesekali ambil mudah mengenai pengambilan ubat. Tersalah ambil, terlebih dan terkurang, semuanya ada risiko tersendiri.

Apa-apa pun dapatkan nasihat dari pakar perubatan, Jangan tanya google jer ok. 

Sayangi diri kita.
Bertanggungjawab terhadap diri.
Jaga kesihatan kita.
Ambil peduli.


Salam prihatin, 
Cik Rose. 


Post a Comment

4 Comments

  1. Teria kasih kongsi info cik rose

    ReplyDelete
  2. mmg bahaya, sbb tu kalau nk bg ubat apa2 doktor akan tanya kita ada alahan ubat apa2 ke tidak...

    ReplyDelete
  3. ubat ni kalau salah makan memang bahaya.

    ReplyDelete