Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas dan Pastinya Sedap Untuk Dicuba

Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas dan Pastinya Sedap Untuk  Dicuba.| Assalamualaikum. Bila mood rajin sampai, semua resepi nak dicuba! Kalau mood malas singgah, maaf banyak-banyak. Memang tak buatlah apa-apa. 

Nak buat kuih, kenalah ada mood.  Baru menjadi kuih tu. Dan kena ada tukang makan juga. Kalau makan seorang, tak berselera jadinya. Kalau ada geng makan, sedap sikit! 


Buat kuih sendiri bersama keluarga.



Baru-baru ni, Cik Rose ada mencuba satu resepi. 
Kuih Cara Berlauk. Kuih Cara antara kuih kegemaran Cik Rose. Kat rumah ni siap ada dua acuan dia tau. Acuan besi tu kan.  Sebelum ni, suami je rajin guna buat kuih Cara Manis. Cik Rose tak pernah buat sendiri. 

Bila family ada bersama, rajinlah nak pelbagai kuih. Dan inilah hasilnya. Kuih Cara Berlauk Ikut Caraku Bukan Caramu. eh bermadah pulak!





Kuih Cara Berlauk Ikut Caraku Bukan Caramu

Kenapa nama sedemikian diberi? Sebabnya inti guna apa adanya yang ada dalam peti ais. Maklumlah musim PKP, tak rajin ke kedai semata-mata untuk membeli satu dua barang.

Buka peti ais, ada inti sardin. Maka terhasillah kuih ini. Cili merah pun tak ada. Kalau ada, bertambah serinya kuih ini.

Kuih ni paling simple nak buat. Jangan risau, dalam blog Cik Rose ni semua resepi mudah-mudah belaka. Tak rumit. Sebab Cik Rose sendiri suka resepi yang senang. Yang boleh jimatkan masa, namun tetap sedap seperti biasa.


Cik Rose tunjuk sikit keadaannya dalam acuan. Eksklusif gitu!




Jom tengok resepi kuih Cara Berlauk:


Cik Rose guna resepi ni untuk bancuhan tepung :

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara:

Blend semua bahan sehingga sebati. *boleh tambah air jika bancuhan terlalu pekat. 

Cara untuk bakar:

Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili dan daun bawang/daun sup.
Tutup loyang dengan tudung periuk. Masak lebih kurang 5 minit menggunakan api perlahan.


Untuk inti, ada pelbagai jenis. Boleh buat ikut citarasa sendiri ya. 




Ha, senangkan? Cubalah dulu. Baru tahu rasanya macam mana. 


Ada resepi yang tak gunakan santan. Terpulanglah nak ikut yang mana. Cik Rose guna santan cair ya. Bukan santan pekat. 


Bila makan tu, rasalah lemak-lemak bancuhan tepungnya. Dicampur pula dengan intinya, meletops uols. Makan panas-panas, laju je masuk mulut. 




Masak sendiri lagi puas kan. Kita boleh adjust rasanya sendiri. Alhamdulillah menjadi. Bila menjadi, lagi semangat nak duduk dapur. Eh yeke ni Cik Rose? hihi. 


Terima kasih buat pemilik resepi yang sudi berkongsi resepi. Cik Rose panjangkan di sini. 

Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. akak takdelah bekas masak cara tu... nampak cantik je kejadian yang cik Rose buat

    ReplyDelete
  2. Thank you cik rose untuk resepinya, nanti kita nak cubalah

    ReplyDelete
  3. eloknya kejadian dia cik rose! kita tak pernah lagi buat ni...suka juga makan kuih cara manis tu..housemate rajin cuba kuih2 camni, siap beli acuan lagi ha...

    ReplyDelete
  4. Rumah arwah ibu ada bekas kuih cara tu.. Seronok membuatnya masa arwah ibu ada.. berlauk dan juga yang manis..

    ReplyDelete