Wednesday, May 13, 2020

7 Resepi Biskut Raya Mudah dan Sedap Yang Wajib Ada di Hari Raya

7 Resepi Biskut Raya Mudah dan Sedap Yang Wajib Ada di Hari Raya. | Assalamualaikum. Hari Lebaran makin dekat menghampiri. Dah mula buat biskut raya ke tu? Cik Rose tanya ni. hihi.

Apa biskut raya yang paling korang suka? Cik Rose suka kuih Makmur. Alahai, sedapnya. Cair di mulut.  Resepi dah ada, tapi belum berkesempatan nak buat lagi. 

Ada banyak pilihan biskut raya di pasaran. Ramai yang kongsikan resepi biskut-biskut raya yang sedap dan mudah untuk dibuat sendiri. 

Time PKP/PKPB ni, jom luangkan masa buat sendiri biskut raya. Boleh luangkan masa bersama keluarha juga kan. Terisi juga masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. 

Untuk yang baru nak mula buat sendiri biskut raya, mesti tercari-cari resepi yang mudahkan. Bukan apa, bimbang tak menjadi. Nanti membazir pula kan. Lebih baik buat yang mudah. 

Mudah dan Sedap! Jom buat sendiri biskut raya. 


Pelbagai pilihan yang ada, yang mana satu jadi idaman kalbu? Jomlah pilih sendiri. Perkongsian dari facebook, Cik Rose panjangkan di sini.  Terima kasih untuk pemilik resepi dan gambar biskut raya di bawah ini. 


7 Resepi Biskut Raya Mudah dan Sedap Yang Wajib Ada di Hari Raya




1. Resepi Semperit matahari melting



bahan-bahan:

250g butter
1 cawan susu pekat(kalau nak guna gula ising pn boleh)
1biji telur kuning
satukan kacau
masukkan
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung custard
kacau rata
standby 2 cawan tepung gandum
sambil tuang sambil uli
sampai licin dan doh tak melekat di tangan 
dan licin.


**
resepi ini tak gunakan sebarang pewarna atau esen vanila,bau wanginya dari custard dan tepung jagung tu dah cun,warnanya asli dari custard dah cantik tak payah bubuh colour.
tekan pada acuan atas dulang. hiaskan dan bakar suhu 160-170 masa 20-30 minit api atas bawah.


kredit : Ina Azlina




2. Resepi biskut Arab 4 bahan




Bahan-bahan :

1-tepung gandum ikot sukatan nak buat banyak mane

2-gula kastor saya tak guna gula ising

*blender dulu ye gula kastor

*masukkan garam sedikit ye

3-minyak sapi pure 

* cairkan dlu baru senang nk jadi doh

*masukkan ghee sampai doh x lekat di tangan

4-untuk luaran lepas bakar gna susu tepung  +mixkan dengan gula kastor yg di blend tadi baru rasa tu lagi aumm.

5- 160c dalam 10-20 minit ikot kepanasan oven masing2 tak pon nampak kembang kira dah masak jangan biar kuning sangat nanti tak putih gebu.

kredit : Syima Marsyia




3. BISKUT SARANG SEMUT



(resepi cawan) 

Resepinya

1 cwn butter@planta
1 biji kuning telur
¾ cwn gula halus (tak nak manis sangat boleh kurang) 
1 ½ cwn tepung kastard
1 ½cwn tepung gandum
1 sdk esen vanila
1 sdk pewarna kuning telur (pilihan.. tak nak pon tak pe)
Paper cup sckpnya
Coklat rice @manik2 berwarna secukupnya

Cara-caranya

1. Pukul butter,gula dan telur guna senduk sahaja untuk sebatikan gula,, telur dan butter.. x payah sampai kembang.

2. Kemudian masukkan tepung..klau still lembik.. boleh masukkan tepung kastard dan gandum sama banyak smpai doh x lekat padaa jari.

3. letak dalam peti ais kejap.. senang sagat

4. Pastu parut adunan dgn penyagat cheese..lepas tu guna garfu masuk adunan dalam paper cup..

5. Jangan lupa taburkan coklat rice.. (bagi cantik).

6.kemudian bakar 160c 20-25minit @ sampai masak.


kredit : izzati zati




4. Resepi samperit red velvet 





Bahan-bahan:

*1 ketul buttercup 250g
*1/2 cawan gula aising (gula halus) gula kasar pun boleh , blend bg halus
*1/2 cawan serbuk koko
*1sudu kecil cuka makan
*1/2 cawan susu pekat
*2sudu kecil pewarna merah

Gaul kesemua bahan diatas hingga sebati kemudian masukkan bahan di bawah
*2 sudu besar tepung kastard
*3 cawan tepung jagung
*3/4 cawan tepung gandum

Kemudian uli hingga doh tak melekat ditangan ,  kalau doh lembik ,  boleh tambah tepung gandum sikit lagi .. 

Tekan guna acuan & hiaskan dengan coklat chip/gula manik
Biar selama 15minit supaya bila bakar nanti bunga tak jatuh ,   kemudian bakar suhu 160 selama 10-12 mnit .. Ikut oven masing-masing.

kredit : siti umirah



5. RESEPI BISKUT COKLAT BADAM





Bahan-bahan:

a) 250g butter
b) 1 biji kuning telur
c) 1 cawan icing sugar

d) 1/2 cawan serbuk koko ( boleh kurang kalau x suka rasa pahit koko )
e) 1 sudu teh esen vanilla

f) 1/2 cawan tepung jagung
g) 2 cawan tepung gandum ( tengok tahap adunan )

h) badam


Cara-caranya:

✅mix kan a dan b agak sekata ( kacau guna senduk pon boleh )
tambahkan bahan c gaul sekata
✅ masukkan bahan d dan e ( gaul sekata )
✅masukkan bahan f dan g ( gaul guna tangan je - tepung boleh tambah kalau lembik sangat )
✅masukkan badam

suhu ( ikut oven ye ) = 160c + 30minit


kredit : siti hajar abdullah



6. German cookies




Bahan-bahan:

Mentega (1cawan)/butter 250g
Gula ising (3/4 cawan) 
Vanilla esen 
Secubit garam
Tepung kentang (1cawan) 
Tepung gandum (2cawan)
Pewarna (ikut suka hati korang) 

*Sukatan ni bergantung pada banyak mana yg uol nak.

Cara-cara:

1) Masukkan butter/mentega dan gula ising dan gaul/putar hingga sebati, secubit garam. Then masukkan 2 titik vanilla esen. Gaul sampai sebati

2) Masukkan tepung kentang dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sehingga tidak melekit pada tangan.

3) Bahagikan doh kepada beberapa bahagian warna yg korang suka. Ambil sedikit dan bulat2kan kemudian leperkan atau buat ikut corak dan bentuk yg korang nak. 

*suhu ketuhar 170-180c dan bakar dalam 10-15minit je

kredit : Fatiha Abu Bakar



7. Resepi Tart Nenas



Bahan-bahan

1 cawan buttercup
3 sdb susu pekat(yang ni pada saya dah elok je manis.kalau nk boleh tambah)
1 biji kuning telor gred b(tapi saya pakai telor omega 3)
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning 
Bahan2 diatas gaul pakai senduk atau whisk bg sebati je..

Next..
3 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
2 sdb tepung kastard

Cara-cara:

Masuk setengah dulu tepung gandum ,tepung jjagung dan teoung kastard dalam adunan butter tadi..gaul sebati. masukkn lebihan tepung gandum tadi sikit2 sampai adunan dah tak melekat kat tangan.kalau rasa adunan lembik. tambah sikit tepung gandum.
Dah siap adun.
Terap pakai acuan mcm dlm gambar tu.
Griskn loyang dengan butter supaya tidak  melekat.
Dah siap gulung. sapu kuning telor .nak cantik letak sikit pewarna  kuning telur .
Bakar pada suhu 160 ..+- 25 ke 30 minit (bergantung pada oven masing2). Atau tengok sapuan kuning telor tu dah mcm warna gold sikit. dah boleh keluar kan dr oven.


kredit : Iena Azizudin



Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Paling feveret kuih tart nenas tu dengan cornflakes. Sedapnya..

    Kita singgah dan follow sini ya https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semperit red velvet tu nampak sedappppp!

    ReplyDelete
  3. Semua cookies ni saya sukaaa especially tart nanas! Hehehe

    ReplyDelete